suria

“Saya masih dalam proses belajar mengenai agama” - Fathia Latiff simpan niat bertudung semula

Fathia masih belajar untuk menjadi muslimah yang lebih baik.

PERNAH terpalit dengan kontroversi buka tudung, pelakon Fathia Latiff mengakui dia masih belajar untuk menjadi muslimah yang lebih baik.

Menurut Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 33, dia mahu menutup aurat sepenuhnya dengan kerelaan hati bukan disebabkan mengikut orang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tidak pernah ada masalah mental, it's all stupid” - Fathia Latiff kawal diri enggan ulangi kesilapan sama

"Insya-Allah saya memang ada niat untuk memakai tudung secara berterusan. Sekarang ini, saya masih dalam proses belajar mengenai agama Islam.

Penampilan Fathia ketika sambutang ulang tahun kelahirannya pada tahun lalu mengundang kecaman.

"Siapa yang tak nak pakai tudung kan tapi saya berharap semua orang doakan saya juga. Mana tahu selepas ini saya terus pakai.

"Kalau boleh selepas ini, saya tak nak sekejap pakai, sekejap buka. Saya tak nak ikut orang sebab itu saya perlahan-lahan belajar," katanya kepada mStar.

Pada tahun lalu, pelakon drama Ariana Rose ini pernah menerima kecaman selepas membuat keputusan untuk membuka tudung.

Penampilan Fathia mengayakan pakaian yang menjolok mata dengan berambut pendek ketika sambutan ulang tahun kelahiranya pada September tahun lalu turut mengundang kecaman.

Buat masa sekarang, saya mahu fokus pada bidang nyanyian. 

FATHIA LATIFF

PELAKON

Dalam pada itu, Fathia yang kini tampil dengan single terbaharu berjudul Jika Aku Tahu berharap dia diberi peluang dalam bidang nyanyian.

"Buat masa sekarang, saya mahu fokus pada bidang nyanyian. Sebagai manusia biasa, saya juga terbuka dengan semua rezeki yang datang.

"Tapi sebab saya minat menyanyi, jadi saya harap ada peluang dan rezeki dalam bidang ini. Dari dulu lagi, saya memang nak jadi penyanyi.

"Cuma, rezeki saya dalam industri seni bermula dengan berlakon dan tiada peluang untuk menyanyi," ujarnya.

Fathia Latiff

Artikel Lain