PENYANYI Bella Astilah mengakui bersedia untuk kembali semula ke pangkuan bekas suaminya iaitu Aliff Aziz. Menurut Bella, dia ada berbincang bersama keluarga tentang perkara itu dan tidak menolak jika dijodohkan semula bersama penyanyi berasal Singapura itu. "Sebenarnya sejak berpisah Mei tahun lalu kami tidak pernah bermusuh, malah saya tak pernah ada benci terhadap Aliff. ARTIKEL BERKAITAN: Apa motif ‘post’ video lama? Netizen syak Aliff Aziz dan Bella Astillah kembali dilamun cinta - “Jangan nakal lagi, supaya jodoh milik anda” ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah rangkul tangan Aliff Aziz? Foto mesra dalam kereta petanda bekas suami isteri ini kembali bersama "Saya pernah berbincang dengan keluarga mengenai hal ini dan atas permintaan keluarga kita simpan dulu, lepas dah bincang semua nanti kita akan umumkan. "Sekiranya berbaik dengan Aliff adalah keputusan terbaik untuk Ayden, saya akan terima dengan hati terbuka dan ini semua dilakukan demi anak kami," katanya kepada mStar. Bella sentiasa menyokong Aliff. Bella ditemui semasa pengumuman senarai awal Top 20 Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) yang diadakan di Nicsmann 1940s by Lewre, Petaling Jaya, Selangor pada Rabu. Anak hasil perkahwinan Bella dan Aliff iaitu Mohamad Ayden Adrean, 3, tersenarai sebagai calon bagi kategori Si Cilik MeleTOP. Dalam pada itu Bella mengakui bukan mudah untuk dia mendekati lelaki lain. Bella mengaku merangkul lengan Aliff dalam foto yang tular di media sosial. "Apa-apa yang berlaku orang akan cari saya kerana mereka tahu kami masih ada anak bersama dan saya tak marah sebab tahu ini fasa ujian hidup dia. "Kami semua akan tetap menyokongnya dan saya tak marah pun kalau orang bertanya... netizen hanya tahu mengecam yang negatif. Mereka tidak nampak daripada sudut positif terutama untuk kebaikan Ayden. "Mereka hanya tahu menyuruh saya supaya mencari lelaki lain atau yang lebih baik... tapi hakikatnya tak mudah untuk saya dekati lelaki lain kerana fokus kali ini hanya untuk keluarga," katanya yang mengakui merangkul lengan Aliff dalam foto yang tular di media sosial baru-baru ini. Terdahulu, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016, namun bercerai pada 16 Mei tahun lalu.