AKSI penyanyi Elly Mazlein membasuh periuk dan kuali selepas selesai majlis menyambut menantu di rumah keluarga suaminya di Kuala Krai, Kelantan menerima pujian peminat. Menerusi perkongsian di Instagram, pengikut memuji Elly kerana sanggup 'turun padang' dan membantu menyelesaikan tugas-tugas selepas majlis. Namun, apa yang lebih menarik perhatian ialah selipar putih berenda biru yang dipakai oleh penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini. ARTIKEL BERKAITAN: Elly Mazlein kini milik Cikgu Azlan, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz ARTIKEL BERKAITAN: Ramai tak tahu cerita ‘belakang tabir’ kek kolam air Elly Mazlein - “Lampu tak berfungsi, mujur sempat turn on” "Gitu! Kau ada cuci kuali besar dekat Kampung Karangan... tapi selipar tu selipar tu... tak nak kalah dik!," tulis Elly. Rata-rata pengikut di laman tersebut turut terhibur dengan kapsyen yang ditulis dan tertarik dengan selipar yang dipakai oleh Elly itu. Gaya bersahaja Elly dipuji pengikut. "Kampung people memang macam itu, kuali besar ni celah gigi je dia orang sental. Selipar terbaiklah kak. "Ini baru mak-mak, tak tengok selipar Sephia lagi... aku rasa lagi cantik, mana nak kalah dengan mak dia! Dah jadi orang Kuala Krai dah Kak Lina kita. Terima kasih sudi menyambutku wahai keluarga mertua. Terima kasih bagi Lina rasa semua ini, terima kasih atas kasih sayang. ELLY MAZLEIN PENYANYI "Amboi! Selipar tetap meletup... semoga bahagia bersama suami dan keluarga ya Kak Lina," komen netizen. Pada Selasa lalu, Elly Mazlein diraikan dalam majlis sambut menantu di belah pihak suaminya, Mohamad Azlan Che Noh yang berlangsung di Kuala Krai, Kelantan. Elly mengenakan sepersalinan sedondon rona putih dan ayu bertudung. Elly disambut meriah dalam majlis sambut menantu di Kelantan. "Terima kasih sudi menyambutku wahai keluarga mertua. Terima kasih bagi Lina rasa semua ini, terima kasih atas kasih sayang. "Terasa diri disayangi. Alhamdulillah, 28 Januari 2020," tulisnya. Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkahwin buat kali kedua dengan Mohamad Azlan Che Nuh, 29, pada 17 Januari lalu. Terdahulu, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta, pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia, 4 tahun. Mereka kemudiannya bercerai pada 15 Oktober 2015.