suria

Vida sebak anak didakwa rentung - “Muka arwah pun saya tak tengok sebab tak boleh hadap”

Vida pada sidang akhbar berhubung penghinaan artis kontroversi, Azwan Ali mengenai kematian dua anaknya.

“MEREKA tak rentunglah, lemas asap je."

Demikian kata usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida mengenai keadaan dua arwah anaknya yang meninggal dunia dalam insiden kebakaran kira-kira tujuh tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Melampau! Vida kesal tindakan Azwan Ali bakar perfume, hina arwah anak - “Nak bayar gapo? Dia sebenarnya tetamu tak diundang”

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman mengulas mengenai kata-kata pengacara Azwan Ali yang menghina cara kematian kedua-dua anak lelakinya itu dalam satu video yang dimuatnaik di Twitternya baru-baru ini.

Dedah Vida lagi, kenyataan berbaur penghinaan itu menguris hatinya sebagai seorang ibu kehilangan dua anak dalam insiden penuh tragis.

Azwan Ali memuat naik videonya membakar minyak wangi pemberian Vida di Twitter.

“Kehilangan orang tercinta dalam keadaan penuh tragis apa anda akan rasa? Kalau setakat nak joke nak gurau tak pe.

“Tapi dikaitkan dengan cara kematian anak-anak saya yang dikatakan rentung seolah-olah itu balasan Tuhan atas dunia.

“Saya memang tak nak ingat memori tu, tak nak. Saya tak tengok pun anak saya dikafankan dan last muka (arwah) saya tak tengok sebab saya tak boleh hadap... tengok muka-muka anak yang dok main elok-elok tapi tiba-tiba dah tak ada,” katanya pada sidang media saman malu terhadap Azwan Ali di Kuala Lumpur, petang Isnin.

Kehilangan orang tercinta dalam keadaan penuh tragis apa anda akan rasa?

DATUK SERI VIDA

USAHAWAN KOSMETIK

Menurut Vida, video memperlihatkan tindakan Azwan membakar minyak wangi dan selendang pemberiannya turut memberi kesan kepada dirinya.

“Bila saya tengok video tu dalam keadaan rumah terbakar dekat kawasan sampah, tak palah. Tapi rumah saya terbakar tu pun saya tak pergi dah.

“Tapi dikait-kaitkan. Sebagai seorang ibu tahulah dia punya azab, sakit... derita, kecewa.

Vida pada sidang media berhubung saman malu terhadap Azwan Ali.

“Saya anggap dalam industri ini kenal cekal, tegar tapi bab-bab menghina yang tak pernah berlaku sebelum ini tiba-tiba dikorek begini memang satu kebiadaban yang sangat luar biasa.

“Saya tak boleh diterima, tak boleh. Saya cuba nak gagah celik mata tapi tak boleh. Bukan sekali tapi dok berkali-kali upload benda yang sama,” katanya.


Vida, Azwan Ali

Artikel Lain