suria

“Dia pesan jaga anak elok-elok” - Abam Bocey tak sempat masak gulai lemak, sambal sotong buat keluarga

Sabariah (kanan) menyifatkan Allahyarham seorang anak yang bertanggungjawab.

HASRAT Allahyarham Abam untuk mmemasak dan menjamu keluarga tidak kesampaian kerana Allah lebih menyayangi untuk menjemputnya menuju ke alam akhirat.

Ibunya Sabariah Arshad, berkata, arwah meluahkan keinginan untuk menikmati gulai lemak dan sambal sotong.

ARTIKEL BERKAITAN: Achey dan Fad sedia ambil alih kerja Abam Bocey yang tertunggak - “Kami terima tugas itu secara percuma untuk keluarganya”

ARTIKEL BERKAITAN: Abam Bocey meninggal dunia akibat demam panas

"Dia kata nak 'masak-masak' dan teringin nak makan gulai lemak dan sambal sotong. Dia kata nak masak sendiri.

"Sepatutnya semalam (Ahad) tapi tak jadi sebab dia dah larat," ujarnya kepada mStar Online.


Abam menunaikan ibadah umrah bersama isteri dan ibunya pada Ogos tahun lalu.

Sabariah ditemui di kediaman Allahyarham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, di Gombak, pada Isnin.

Allahyarham meninggal dunia di kediamannya selepas dua hari mengalami demam panas.

Sabariah memberitahu Abam ada berpesan agar dia menjaga anaknya yang kini berusia lima bulan dengan baik.

Dia juga berpesan agar Sabariah menjaga kesihatan agar tidak jatuh sakit.

"Dua hari lalu dia ada berpesan jaga anak dia elok-elok, dia juga minta saya makan ubat, makan nasi kalau sakit nanti susah," katanya.

Menceritakan detik-detik akhir bersama arwah, Sabriah berkata, dia mengejutkan anaknya pada waktu Subuh namun tiada tindak balas.

"Pagi tadi pukul 6 pagi dia minta ubat dan lepas itu dia baring. Saya gerak-gerak, golek-golek dia dah tak mahu bangun.

"Doktor sahkan dalam pukul 7 lebih macam tu dia dah tiada. Dia kata dia demam, saya suruh pergi hospital dia kata nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, Sabariah turut menyifatkan anaknya sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarga.

Allahyarham membiayai kos rawatan sakit kakinya sehingga mencecah RM60,000, selain malah membantu adik-beradik lain yang dalam kesusahan.

"Dia jaga saya, hantar saya berubat dan tanggung kos pembedahan kaki sahaja sampai RM60,000. Dia juga mengambil berat terhadap kebajikan adik-beradik lain.

"Malah dia sering menderma ke rumah anak yatim berhampiran rumah kami, kalau dia tak sempat dia minta saya hantarkan derma itu," ujarnya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.

Abam Bocey, Ibu

Artikel Lain