PEMERGIAN mengejut Allahyarham Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, pada pagi Isnin memberi tamparan buat dua anggota kumpulan Bocey iaitu Fad dan Achey. Fad meluahkan perasaan sedih dan terkilan apabila tidak dapat menziarahi pengkebumian pelawak itu kerana sedang bercuti di Jepun. ARTIKEL BERKAITAN: Abam Bocey meninggal dunia akibat demam panas "Aku minta maaf tak dapat tengok kau buat kali terakhir... maafkan aku. "Ya Allah kau ampunilah dia, rahmatilah dia, mudahkan urusan dia. Maafkan aku sahabat," tulisnya. Tinggal kenangan... Abam Bocey meninggal dunia pagi Isnin. Fad menerusi sebuah video tidak dapat menahan sebak apabila memaklumkan pemergian Allahyarham di Instagram miliknya pagi Isnin. Allahyarham Abam meninggal dunia di kediamannya di Gombak selepas mengalami demam panas sejak dua hari lalu. "Allahhuakbar... kenapa kau pergi dulu Bam? Kenapa tak tunggu aku, aku jauh ni, aku nak peluk cium kau," ujarnya. Allahhuakbar... kenapa kau pergi dulu Bam? Kenapa tak tunggu aku, aku jauh ni, aku nak peluk cium kau. FAD BOCEY PELAWAK Sementara itu, Achey turut kelihatan menangis apabila berkongsi tentang berita kehilangan itu. "Kenapa awal sangat Bam... mana janji kau!" tulisnya. Jenazah Allahyarham dimandikan di rumah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pasu, Gombak selepas solat Asar. Allahyarham meninggalkan seorang isteri Nor Hidayah seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan.