suria

Peminat teruja Tok Ti buat kemunculan di pentas AJL selepas 13 tahun tapi sayang mikrofon pula tak berfungsi!

Siti Nuhaliza muncul buat kejutan ketika Bob Yusof sedang menyanyikan lagu Anta Permana.

KEMUNCULAN penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Tok Ti di pentas Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) dengan menyampaikan lagu Anta Permana bersama Bob Yusof mendapat tepukan gemuruh penonton di stadium.

Rata-rata mereka terkejut dan tidak menjangkakan kehadiran penyanyi tersohor itu di pentas berprestij yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam, Ahad.

Bagaimanapun penonton di rumah meluahkan rasa tidak puas hati apabila suara Siti tidak kedengaran di penghujung persembahan itu.

Penonton kecewa tidak dapat dengar nyanyian Tok Ti.

“Tokti buat kemunculan semula di AJL34 tapi sayang mikrofon tak berfungsi.

“Macam mana pula mikrofon Datuk Siti boleh ada masalah pula. Awal-awal AJL34 saya dah teruja sebab dia buat kemunculan semula.

“Pulangkan semula momen paling bermakna! Kenapa mikrofon tak buka?” komen beberapa netizen di laman Twitter.

Pulangkan semula momen paling bermakna! Kenapa mikrofon tak buka?

NETIZEN

Rata-rata mereka menganggap insiden itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan ia merupakan momen paling bermakna pada malam kemuncak AJL34.

Sebelum ini, Siti tidak menolak kemungkinan untuk menyanyikan lagu Anta Permana yang bersiaran secara langsung di Stadium Axiata, Bukit Jalil pada Ahad.

Berikutan keputusannya untuk tidak lagi bertanding dalam program Muzik-Muzik, lagu dendangannya itu dipersembahkan oleh Bob apabila layak bersaing pada peringkat separuh akhir, November lalu.

Anta Permana adalah lagu ciptaan Hael Husaini bersama Ezra Kong.

Kali terakhir Siti beraksi di pentas AJL pada 2008 iaitu AJL22 menerusi lagu Destinasi Cinta.

Siti Nurhaliza, AJL34

Artikel Lain