suria

“Kalau aku mati tolong kebumikan tau” - Achey dedah pesanan terakhir Abam pada hari ulang tahunnya

Gurauan terakhir Abam meminta Achey menguruskan jenazahnya di Instagram.

GURAUAN pelawak Abam meminta sahabat baik, Achey menguruskan jenazahnya jika sudah tiada akhirnya menjadi kenyataan.

Menurut Achey, arwah bergurau mengenai perkara itu ketika dia meninggalkan ucapan sempena ulang tahun kelahirannya, baru-baru ini.

"Telah aku tunaikan Abam... walaupun ianya gurauan yang menjadi kenyataan," tulis Achey di laman Instagram pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku minta maaf tak dapat tengok kau buat kali terakhir” - Fad, Achey gagal kawal emosi, menangis kehilangan Abam Bocey

ARTIKEL BERKAITAN: Achey dan Fad sedia ambil alih kerja Abam Bocey yang tertunggak - “Kami terima tugas itu secara percuma untuk keluarganya”

Bersama kapsyen tersebut, Achey turut memuat naik paparan skrin komen yang ditinggalkan Abam.

"Hahaha thank you sahabat, love you so much, semoga kita kekal sampai mati, Fad dan Achey kalau aku mati tolong kebumikan aku tau," komen Abam.

Achey terkenang gurauan Abam.

Perkongsian Achey itu menerima hampir 100,000 tanda suka dan lebih 400 komen.

Pada Isnin, pemergian Abam yang dianggap seperti darah daging sendiri memberi impak besar dalam hidup ahli kumpulan Bocey iaitu Achey dan Fad.

Achey berkata dia bersedia mengambil alih kerja atau tawaran berlakon yang diterima Abam secara percuma untuk membantu keluarga arwah.

Achey akan teruskan kerja-kerja tertunggak Abam.

Sebelum itu, Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak selepas dua hari mengalami demam panas.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima bulan. 

Abam, Achey

Artikel Lain