LEBIH tiga bulan mendirikan rumah tangga, isteri pendakwah bebas Da'i Nik Farhan yang dikenali sebagai Erin memdedahkan bahawa hatinya terbuka untuk berpoligami selepas berpuas hati dengan jawapan suaminya berkaitan perkara berkenaan. Erin berkata, jawapan Farhan berkaitan perkongsian suami mengubah hatinya untuk menerima kehidupan berpoligami. ARTIKEL BERKAITAN:Da'i Farhan dedah 18 wanita ajak kahwin terpaksa tolak! - “Calon ke 19 saya tiada kekuatan nak tolak kerana di Makkah” ARTIKEL BERKAITAN: “Abang ceraikan sayang dengan talak satu” - Da’i Farhan mengaku cerai isteri pertama tapi nafi lakukan kekerasan "Suamiku manusia yang boleh memberikan jawapan dari ramai-ramai ustaz yang pernah saya tanya kenapa harus terima poligami, di awal perkenalan kami. "Suamiku inilah manusia yang boleh menjawab semua persoalan dan mengubah hati dan akalku tentang kenapa orang perempuan kena sakit hati dalam bab ni," Erin terima takdir berkahwin dengan Da'i Farhan yang ketika itu berstatus suami orang. "Apa perasaan lelaki kalau perempuan ada lelaki lain mesti sakit... tapi ayang (Farhan) boleh memberikan jawapan yang boleh membuka hati saya untuk berpoligami," tulisnya. Pada November tahun lalu, perkahwinan Farhan dengan janda anak lapan iaitu Erin di Makkah mendapat perhatian masyarakat apabila dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertamanya Fatin. Bagaimanapun, Nik Farhan kemudiannya mengambil keputusan menceraikan isteri pertamanya yang ketika itu sedang sarat mengandung anak kedua mereka. Perceraian dengan talak satu itu dilafazkan menerusi rakaman suara di aplikasi WhatApps. Kalau sayang kita kena buktikan sanggup berkorban perasaan kita sendiri. ERIN ISTERI DA'I FARHAN Kata Erin, sebelum mengenali suaminya itu, dia seorang yang anti-poligami dan rela menjadi janda daripada berkongsi kasih dengan wanita lain. Malah, dia sendiri pernah melalui beberapa kegagalan dalam perkahwinan dan berdepan kesukaran hidup bersama anak-anak. "Tak mungkin saya berkongsi suami dengan orang lain, saya rela menjanda 100 kali, biarlah orang kata saya atur suami dalam hidup janji saya tidak berkongsi dan ambil suami orang. "Saya kerja siang malam untuk besar anak walaupun bekas-bekas suami tak bagi seringgit pun. "Saya selalu berdoa janganlah saya diuji dengan dapat laki kaki perempuan atau laki orang sebab itu je yang tak mampu saya hadapi dalam dunia ini," ujarnya. Da'i Farhan berkahwin dengan Erin di Makkah dan menceraikan Fatin (kiri) selepas perkahwinan berkenaan hangat diperkatakan. Bagaimanapun, Erin berkata dia reda dengan ujian dan takdir yang sudah ditetapkan Allah. Dalam pada itu, menjawab soalan pengikutnya di laman sosial, Erin berkata dia tidak kisah jika suaminya membuat keputusan untuk berkahwin lain. Katanya, dia sanggup meminang mana-mana wanita pilihan suaminya dan mengimpikan untuk menjadi bidadari di syurga kelak. "Itu hak dia sebagai lelaki. Saya bukan jenis isteri yang gaduh-gaduh dengan suami sebab kalau saya halang dia nak kahwin sekalipun dia tetap akan kahwin. "Kalau sayang kita kena buktikan sanggup berkorban perasaan kita sendiri. Saya tak rebut suami tapi rebut jadi bidadari di syurga nanti. Kalau tak bahagia di dunia tiada masalah kerana sementara sahaja, sebab tu saya cari jalan mudah untuk ke syurga dengan dapat reda suami," ujarnya.