MESKIPUN masih sedih selepas mengalami keguguran, pelakon Datin Almy Nadia berjanji untuk terus berfikiran positif demi suami dan anak-anaknya yang lain. Almy atau nama sebenar Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah, 34, memberitahu dia reda dengan ketentuan Allah yang lebih menyayangi bayinya itu. ARTIKEL BERKAITAN: “Allah lebih sayangkan anakku... papa reda” - Almy Nadia keguguran kandungan berusia 14 minggu "Alhamdulillah selesai dengan sempurnanya... Al-Fatihah... Tenang di sana wahai anakku. Allah lebih sayangkan kamu wahai anakku. Fizz memaklumkan Almy mengalami keguguran ketika usia kandungan 14 minggu. "Mama tak kuat sayang... tapi mama kena kuat demi kakak-kakak kamu. Mama tahu papa sedih, cuma papa tak tunjuk. "Maafkan mama sayang @fizzfairuzofficial... maafkan mama wahai anakku Mohammad. Jumpa di sana, tunggu mama dan papa. Al-Fatihah," katanya. Almy turut memuat naik foto suaminya, Datuk Fizz Fairuz yang sedang bertakafur di pusara anak keempat mereka. Sebelum ini, Fizz berkongsi berita sedih apabila isterinya mengalami keguguran pada usia kandungan 14 minggu. Mama tak kuat sayang... tapi mama kena kuat demi kakak-kakak kamu. ALMY NADIA PELAKON Dalam pada itu, Fizz atau Mohd Fairuz Zainal Abidin, 40, menerusi Instagram miliknya memberitahu dia juga reda dan kuat menerima takdir tersebut. "Tenanglah di sana anakku Mohamad. Allah lebih sayangkan kamu anakku... Maafkan papa ya. InsyaAllah tunggu papa dan mama di sana nanti. "Papa tak nak menangis sebab papa kuat," tulisnya. Disember tahun lalu, Fizz berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata keempat. Menerusi laporan mStar pada 31 Disember tahun lalu, Fizz meluahkan rasa gembira apabila isterinya disahkan hamil sembilan minggu anak keempat mereka. Pelakon drama Kampung People ini juga ada meletakkan harapan untuk dikurniakan cahaya mata lelaki. Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014. Pasangan ini dikurniakan tiga anak perempuan Nur Afrina Arianna, 5, Nur Afrina Aurora, 4, dan Nur Afrina Ayra yang kini berusia setahun serta seorang anak angkat Nur Afrina Darwisyah, 11.