suria

Joy Revfa bakal tamatkan zaman janda - “Saya pilih lelaki yang bijak dalam perniagaan dan agama”

Joy Revfa memberi bayangan bakal bertunang tidak lama lagi.

TIDAK mahu terus memberi teka-teki, usahawan kosmetik Joy Revfa mengakui bakal menamatkan zaman jandanya dalam masa terdekat.

Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin berkata, dia akan mendedahkan identiti jejaka tersebut pada hari pernikahan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya mewakili janda-janda Malaysia tak minat suami orang”- Joy Revfa dedah ada ustaz selebriti minta gambar seksi

ARTIKEL BERKAITAN: Joy Revfa beri bayangan dirisik lelaki misteri iras pelakon drama

ARTIKEL BERKAITAN: Joy Revfa kini bahagia dengan kekasih baharu

Bagaimanapun, bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun ini menjelaskan individu tersebut bukanlah orang yang sama dengan yang diperkatakan sebelum ini. 

“Ya... memang betul saya akan bertunang dengan seseorang tidak lama lagi tetapi identiti individu tersebut saya perlu rahsiakan sehingga hari pernikahan kami nanti. 

Joy Revfa memberi bayangan bakal berkahwin tidak lama lagi.

“Bukan apa... takut nanti terlalu berkongsi, ada perkara yang tidak baik berlaku. Kita tak tahu apa akan terjadi di masa hadapan. Jadi, lebih baik saya memilih untuk merahsiakan terlebih dahulu. 

“Cuma setakat ini saja yang saya boleh kongsikan. Insya-Allah akan berkongsi berita gembira sebelum majlis berlangsung nanti. Yang pasti, bakal tunang saya bukan individu yang sama dengan sebelum ini. 

“Saya dengan bekas kekasih sudah berpisah sejak tahun lalu. Anggap sajalah tiada jodoh dan hubungan kami tiada lagi sehaluan,” kata Joy kepada mStar.

Insya-Allah akan berkongsi berita gembira sebelum majlis berlangsung nanti. 

JOY REVFA

USAHAWAN KOSMETIK

Joy diminta mengulas mengenai status laman sosialnya yang memberi gambaran bakal berkahwin dalam masa terdekat. 

Pada Jun tahun lalu, Joy pernah menimbulkan spekulasi di laman sosial apabila memberi bayangan seakan-akan dirinya dirisik oleh seseorang yang dipercayai pelakon baharu.

Hubungan Joy dengan bekas kekasih berakhir pada tahun lalu.

Dalam pada itu, Joy memberitahu dia mahu pasangan hidupnya selepas ini seorang yang lebih terbuka dan mempunyai ilmu pengetahuan berkenaan dengan agama Islam. 

“Saya lebih memilih seorang lelaki yang lebih bijak dalam perniagaan dan mempunyai pengetahuan tinggi ilmu agama supaya dia dapat membimbing serta berkongsi ilmu dengan saya sebagai seorang suami”, ujarnya. 

Nama Joy Revfa sebelum ini menjadi perhatian apabila perkahwinannya pada 1 Mei 2017 dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun didakwa tidak sah.

Masalah tersebut akhirnya selesai selepas Hafiz melafazkan talak satu terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 25 Oktober tahun sama.

Sebelum itu Joy pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki iaitu Arryan Firdaus yang kini berusia empat tahun.

Joy Revfa

Artikel Lain