suria

“Bukan meratap tapi sebab rindu” - Fad Bocey minta netizen yang kurang senang henti ikut laman sosial

Fad dan Achey hanya berkongsi kenangan mereka bersama kerana rindu arwah Abam.

SUSULAN dikritik gara-gara meratap pemergian pelawak Abam Bocey, Fad menjelaskan dia dan Achey berkongsi kenangan bersama arwah kerana terlalu rindu. 

Fad berkata mana-mana pihak yang kurang senang dengan perkongsian dia dan Achey boleh berhenti mengikuti mereka di laman sosial untuk mengelakkan daripada mendapat dosa. 

“Mereka ada pendapat masing-masing. Kami bukan merintih atau meratap, malah tak paksa blog atau mana-mana media untuk memuat naik sebarang entri mengenai apa yang kami kongsikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Fad dan Achey dikritik meratap pemergian Abam Bocey, ini penjelasan PU Azman

"Kalau mereka kongsi bermakna mereka turut merindui akan kenangan dengan arwah. Kami kongsi kenangan dengan arwah pun sebab kami rindu.

PU Azman menjelaskan perbuatan orang yang masih hidup tidak memberi kesan kepada yang sudah meninggal dunia.

"Kalau tak suka boleh sekat atau 'unfollow' kami. Lagi elok daripada dapat dosa sia-sia. Saya tiada niat marah atau benci. Semoga anda semua sentiasa dirahmati Allah,” katanya. 

Fad berkata demikian di ruang komen foto penjelasan PU Azman mengenai perbuatan manusia yang masih hidup tidak akan memberi kesan kepada yang sudah meninggal dunia di Instagram. 

Menurut PU Azman, biarpun perbuatan meratap tidak beri kesan kepada arwah namun kena sentiasa menjaga jiwa supaya tidak terkeluar dari batas keredaan.

Sebelum ini, dunia hiburan dikejutkan dengan berita pelawak Abam Bocey meninggal dunia selepas dua hari mengalami demam panas.

Pemergiaan Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Redzuan, 32, memberi tamparan kepada keluarga serta dua anggota kumpulannya, Achey dan Fad.

Fab Bocey, Abam, pelawak

Artikel Lain