SELEPAS lima tahun berkahwin dan berusaha untuk hamil, pelakon Siti Elizad akhirnya membuat keputusan mencuba kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan zuriat. Elizad, 36, berasa teruja dan gementar melalui proses tersebut dan meletakkan harapan yang tinggi untuk mendapatkan cahaya mata melalui kaedah itu. ARTIKEL BERKAITAN: “Doktor saran ambil ubat kesuburan sebelum buat IVF” - Siti Elizad henti buat rawatan wajah demi dapatkan zuriat Elizad berkongsi mengenai proses IVF yang dilakukannya. "Sekarang saya dalam proses IVF. Hari pertama sesi rundingan. Teruja, gementar, gembira dan semua ada. "Terima kasih untuk semua yang tak henti-henti doa, komen, DM dan WhatsApp sampai hari ini sangat-sangat saya hargai. Saya terharu. "Kebanyakan komen cakap mental kena kuat masa lalui proses IVF ni. Tersangatlah betul kita manusia biasa dan sudah tentu letak harapan yang tinggi. Tapi doakan ya," katanya. Sekarang saya dalam proses IVF. Hari pertama sesi rundingan. Teruja, gementar, gembira dan semua ada. SITI ELIZAD PELAKON Elizad berkongsi perkara itu menerusi memuat naik foto di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya pada Isnin. Menerusi laporan mStar pada 23 Jun tahun lalu, Elizad memberitahu doktor menasihatkan dia untuk mengambil ubat kesuburan sebelum meneruskan kaedah IVF atau pemanian beradas (IUI). Minggu lalu, Elizad juga mengumumkan berehat daripada mengacara program Mingguan Wanita untuk memberi tumpuan pada proses tersebut. Dalam pada itu, penyampai radio Sinar FM ini turut menasihatkan wanita yang mempunyai nasib yang sama untuk bertemu doktor dan mendapatkan rawatan sepatutnya. "Sejujurnya mana-mana senasib seperti saya tolong datang dan berjumpa doktor sebab kita tak tahu, doa, usaha dan tawakal," ujarnya. Elizad atau nama sebenar Siti Elizad Mohamad Sharifuddin berkahwin dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.