suria

Tiara Jacquelina kongsi mesej terakhir Ashraf, tak dapat sertai PGL The Musical

Allahyarham menolak untuk terlibat pementasan teater PGL pada Julai ini.

PENERBIT Teater Puteri Gunung Ledang (PGL), Datin Seri Tiara Jacquelina meluahkan perasaan sedih terhadap berita pemergian pelakon Ashraf Sinclair pada pagi Selasa.

Tiara yang menyifatkan Allahyarham seorang lelaki yang baik itu turut mendedahkan perbualan terakhir mereka di aplikasi Whatapps pada Disember lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ashraf Sinclair meninggal dunia akibat serangan jantung

ARTIKEL BERKAITAN: “Beruntung pergi dalam tidur, kami masih tak percaya!” - Rakan artis, peminat banjiri Instagram Ashraf Sinclair

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah duka Ashraf Sinclair dinaikkan bendera kuning, belum putuskan lokasi pengebumian

Menerusi perbualan tersebut Ashraf menyatakan bahawa dia tidak dapat terlibat dalam teater PGL The Musical yang bakal diadakan Julai depan kerana komitmen di Indonesia.


Perbualan terakhir bersama Allahyarham Ashraf.

"Bangun pagi ini dengan berita sedih. Ashraf Sinclair meninggal dunia kerana serangan jantung.

"Ashraf seorang yang baik sangat merendah diri dan sopan. Arwah juga terkenal dengan etika kerja profesionalnya," ujar Tiara.

Dalam pada itu, Tiara turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Ashraf meninggal dunia pada kira-kira pukul 4 pagi Selasa akibat serangan jantung.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri iaitu pelakon terkenal Indonesia Bunga Citra Lestari dan anak Noah Aidan Sinclair, 10.

Artikel Lain