suria

Siti Nurhaliza berdukacita... lagu baharu 7 Nasihat dicuri secara berleluasa - “Saya mohon hormati hak cipta!”

Siti Nurhaliza berharap semua pihak menghormati isu hakcipta lagu duet bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta berjudul 7 Nasihat.

KETIKA para peminat Datuk Seri Siti Nurhaliza gembira menyambut buah tangan terbaharu berupa single berjudul 7 Nasihat, penyanyi tersohor itu bagaimanapun melahirkan rasa kecewa.

Kata Siti, tindakan beberapa pihak memuat naik lagu duet bersama duo Kmy Kmo dan Luca Sickta itu di saluran YouTube secara berleluasa sebagai tidak bertanggungjawab.

"Lagu saya baharu saja dilancarkan sejak tengah malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sudah maklumkan seminggu awal” - Kejutan Siti Nurhaliza di pentas AJL34 bukan gimik saat akhir

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Nurhaliza selamat jalani pembedahan, bakal rakam album baharu sebelum cuti panjang fokus hamil anak kedua

"Dukacita, sudah banyak yang memuatnaik dan meletakkan dalam YouTube masing-masing. Saya mohon agar anda menghormati hak cipta dan karya insan seni," katanya.

Selain mencipta kayra 7 Nasihat, duo Kmy Kmo (kiri) dan Luca Sickta (kanan) ini juga muncul duet dalam lagu berkenaan bersama Siti Nurhaliza.

Siti melahirkan kekecewaan itu menerusi posting di Instagram pada awal pagi Khamis.

Tambah Siti pihaknya memandang serius mengenai isu berkenaan dan sedia mengambil tindakan yang sewajarnya jika ia tidak dihentikan segera.

"Pihak syarikat saya, SNP (Siti Nurhaliza Production) dan Universal Music akan segera memantau hal ini.

"Saya mohon agar anda yang berbuat demikian dapat memadamkan video tersebut sebelum laporan dibuat untuk tindakan selanjutnya. Bantu saya dan report akaun berkenaan ya," ujar Siti.

Lagu 7 Nasihat hasil ciptaan Kmy Kmo dan Luca Sickta yang dilancarkan sejak tengah malam Rabu itu kini berada di hampir semua platform digital.

Lagu gabungan muzik hip hop dan tradisional ini sarat dengan tradisi kemelayuan dari segi bunyi dan bahasa termasuk dalam memberi kritikan sosial menggunakan kiasan.

Siti Nurhaliza, Kmy Kmo, Luca Sickta

Artikel Lain