suria

“Biar dapat D peperiksaan tapi jangan kurang ajar” - Shiera balas komen biadab netizen tanya fasal pakaian dalam

Shiera tidak melatah dan hanya membalas komen netizen dengan cara baik.

KOMEN negatif segelintir netizen di laman sosial kadang-kala mengundang kemarahan selebriti sehingga terpaksa menegur tindakan mereka.

Menerusi Instagram penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah berkongsi paparan skrin beberapa komen netizen yang dianggap biadab.

ARTIKEL BERKAITAN: Peluang miliki barangan peribadi Shiera, Tyzo dan Suraya dalam segmen ‘Jom Pow Suria Petang’!

Sharifah Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Shiera, 46, berkata dia hampir menghubungi peguamnya sebelum salah seorang netizen memadam komen mengenai pakaian dalam.

Antara komen netizen.

"Haha kadang-kadang aku gelak bila org komen. Ramai tak tau saya DJ radio Suria.Tak kenal tak apa... tak marah sebab dah selalu.

"Tapi bila tulis depan-depan, fikirlah kita ni hidup lagi. Tapi komen yang macam-macam ni tak marah. Yang aku marah komen yang tadi.

"Baru nak call peguam tapi dia dah padam. Dia cakap, siapa mereka ini, nak pow seluar dalam bacin ke tak hingin," katanya.

Aku pernah muda tapi tak kurang ajar depan-depan. Simpan sikit kurang ajar tu ya. 

SHARIFAH SHAHIRAH

PENYAMPAI RADIO SURIA FM

Komen-komen negatif itu ditinggalkan di ruang foto artikel berkenaan segmen Jom Pow Suria Petang di akaun Instagram @mstaronlineofficial.

Bagaimanapun, Shiera tidak melatah dan hanya menjawab dengan cara baik meminta mereka mendengar radio Suria untuk mengetahui lebih lanjut.

Shiera turut menasihati anak-anaknya supaya tidak bersikap biadab.

Dalam pada itu, kakak kepada pelakon Sharifah Sakinah ini juga berpesan kepada anak-anaknya, Allisya, Audrra, Airell dan Airra untuk tidak bersikap kurang ajar dengan sesama manusia.

"Kehadapan anak-anakku @tallisya72 @airraz @stipso_ @deydeyijoy @cikoddah, biar dapat D peperiksaan tapi jangan kurang ajar sangat bila komen walaupun aku hidup lagi.

"Aku pernah muda tapi tak kurang ajar depan-depan. Simpan sikit kurang ajar tu ya. Keluarkan sikit-sikit saja. Sebab kita hidup lagi," ujarnya.

Sharifah Shahirah, Suria FM

Artikel Lain