suria

Peluang miliki barangan peribadi Shiera, Tyzo dan Suraya dalam segmen ‘Jom Pow Suria Petang’!

Jom rebut barangan peribadi milik Sharifah Shahirah, Suraya dan Tyzo.

SELEPAS Team Pagi Suria iaitu Ajak, Issey dan Fizi Ali, kini giliran penyampai Suria Petang Sharifah Shahirah, Tyzo dan Suraya Borhan untuk menghadiahkan barangan peribadi mereka menerusi segmen Jom Pow TPS.

Menurut Pengurus Kanan Suria, DJ Lin atau Roslinda Abd Majid, dia menyedari projek tersebut yang diadakan pada minggu lalu menerima sambutan yang hangat daripada pendengar-pendengar setia Suria.

ARTIKEL BERKAITAN: Nak seluar jeans Issey atau kasut Ajak? Rebut barangan peribadi penyampai dalam segmen 'Jom Pow TPS'!

Menerusi segmen itu, Sharifah Shahirah akan memberikan barangan miliknya antaranya baby walker, jubah dan baju Suria ketika awal pembabitannya dalam radio iaitu pada tahun 2010.

Manakala Tyzo pula akan memberikan barangan seperti baju sejuk, t-shirt dengan nama Tyzo dan minyak wangi.

Pendengar setia Suria FM juga berpeluang memiliki barangan peribadi Suraya seperti baju kurung, t-shirt, baju sejuk dan kasut miliknya.

Sama seperti Jom Pow TPS sebelum ini, pendengar hanya perlu menjawab soalan yang diberikan oleh penyampai Suria Petang secara langsung di Facebook Suria Malaysia pada 26 Februari ini (Rabu) selama satu jam bermula 12 tengah hari hingga 1 petang.

Dalam pada itu, Suria turut memperkenalkan peraduan Suria bagi Duit..Huntonglah! sepanjang bulan Mac depan bermula 9 Mac hingga 27 Mac.

Sebelum ini, Ajak, Fizi dan Issey memberi barangan peribadi mereka.

Pendengar berpeluang menangi sebahagian wang tunai bernilai RM50,000 dengan hanya menjadi pemanggil pertama selepas isyarat memanggil.

Selain itu, perlu menjawab lima soalan dalam masa 30 saat menerusi segmen Team Pagi Suria, Gaya Suria/Muzik Top Suria, Suria Petang dan Suria Cinta.

Setiap jawapan bernilai RM250 dan pemenang akan memenangi wang tunai berdasarkan jumlah jawapan yang betul.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria www.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.

Artikel Lain