IBU kepada Allahyarham Ashraf Sinclair iaitu Khadijah Abdul Rahman memberitahu bahawa keluarga Sinclair sudah pulang ke Malaysia. Menerusi foto yang di muat naik di laman Instagram pada Rabu itu, dia mengucapkan terima kasih dan bersyukur kepada orang ramai yang mendoakan arwah anaknya. ARTIKEL BERKAITAN: BCL belum tidur, trauma suami meninggal atas katil - “Aku takut tidur di bilik, aku tak boleh tidur di bilik lagi” ARTIKEL BERKAITAN: Bunga Citra Lestari mula bekerja, bakal tampil di konsert Ronan Keating Sabtu ini "Assalamualaikum kesemua yang di kasihi. Keluarga Sinclair sudah pun pulang ke Malaysia untuk sementara. Keluarga datang ke tempat pengebumian Ashraf Sinclair sebelum pulang ke Malaysia. Foto: Instagram @/nazrinkamal. "Kami bersyukur menerima kasih sayang untuk arwah Ashraf dan kami mohon doa Alfatihah tidak terputus untuknya," tulisnya. Ibu kepada tiga cahaya mata itu memberitahu bahawa keluarganya akan kerap ke Jakarta untuk melihat isteri Ashraf iaitu Bunga Citra Lestari dan anaknya Noah. "InsyaAllah dengan izin Allah, saya akan kerap ke Jakarta untuk bersama dengan anak saya tersayang, Bunga dan cucu saya tersayang, Noah," tambahnya. Khadijah Abdul Rahman atau mesra dipanggil Dida itu juga meluahkan rasa terharu kerana pemergian Ashraf menunjukkan rasa kasih sayang orang di sekelilingnya. "Saya menyayangi kamu semua kerana mencintai anak saya, arwah Ashraf. "Mari kita melakukan perbuatan baik di bumi supaya kita dapat bersama dengannya di Jannah InsyaAllah. Alfatihah. Aamiin," katanya. Ashraf Sincalir, 41, menghembuskan nafas terakhir pada Selasa lalu di sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia kira-kira pukul 4 pagi kerana serangan jantung. Ashraf meninggalkan isteri dan seorang anak lelaki bernama Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun.