suria

Ali Puteh terima 700,000 mesej kecaman, tak boleh tidur malam - “Saya mimpi bertemu arwah Abam”

Ali Puteh tidak boleh tidur malam kerana kontroversi yang berlaku, baru-baru ini.

GARA-GARA kontroversi membabitkan dirinya dengan kakak ipar, Nor Hidayah, pelawak Ali Puteh, mendedahkan dia menerima lebih 700,000 mesej peribadi berbentuk kecaman di laman Instagram.

Menurut Ali, 31, dia terkejut dan tidak menyangka dalam sekelip mata orang ramai yang pada awalnya menghantar mesej memuji sikap arwah Abam berubah membenci dirinya.

"Selepas Abam meninggal, ramai yang hantar mesej memuji sikap Abam tapi beberapa hari selepas itu ianya berubah sama sekali.

ARTIKEL BERKAITAN: “Anak saya dah pergi... macam mana kehidupan saya selepas ini” - Ibu Abam

ARTIKEL BERKAITAN: “Ibu sukar tidur, kakak ipar banyak berdiam” - Ali Puteh

"Saya dan keluarga dihina teruk dan maruah kami diaibkan, kecaman dilemparkan netizen kepada kami sekeluarga sangat hebat dan saya menerima lebih 700,000 mesej kecaman dan makian.

"Setelah saya mengadakan sidang media baru-baru ini menjelaskan cerita sebenar, saya terima lebih 90,000 mesej peribadi yang minta maaf, tapi sayang akaun itu pun sudah digodam!," katanya kepada mStar.

Ali Puteh bersama ibunya Sabariah Arshad.

Ali berkata demikian ketika ditemui di majlis tahlil arwah Abam anjuran Astro di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Sementara itu, Ali mendedahkan dia mengalami kesukaran untuk tidur malam ketika berdepan dengan kontroversi tersebut.

"Tidur saya tidak pernah lena selepas apa yang berlaku itu. Jadi, sekarang saya sangat menjaga percakapan terhadap apa yang nak dikomen supaya tidak timbul lagi sebarang isu.

Abam ceria dan senyum saja dalam mimpi itu, saya memeluknya untuk melepaskan rindu. Alhamdulillah... dia nampak bahagia!

ALI PUTEH

PELAWAK

"Hanya dalam beberapa hari lalu tidur saya tidak terganggu apabila isu keluarga sedikit reda dan netizen lebih memberi tumpuan kepada hal politik negara.

"Alhamdulillah, Allah SWT makbulkan doa saya untuk tenang semula, boleh tidur dan tidak terlalu memikirkan isu yang terjadi. Apapun, saya sedar ujian yang harus dihadapi ketika ini sangat besar dan akur menerimanya kerana yakin perlu sentiasa bermuhasabah diri," katanya.

Dalam pada itu, Ali turut mendedahkan baru-baru ini dia bermimpi bertemu dengan arwah Abam.

Gambar kenangan Abam bersama ibu dan isteri, Nor Hidayah.

"Abam ceria dan senyum saja dalam mimpi itu, saya memeluknya untuk melepaskan rindu. Alhamdulillah! Dia nampak bahagia!," katanya.

Sebelum itu, kisah keluarga menjadi perhatian ramai selepas usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menyiarkan temubual bersama balu Abam, Nor Hidayah secara langsung di laman Facebook.

Dalam temu bual itu, usahawan tersebut menyentuh isu sensitif berkaitan harta pusaka yang ditinggalkan Abam.

Situasi tersebut mencetuskan perbalahan dua keluarga.

Abam meninggal dunia pada 10 Februari lalu akibat demam panas.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Nor Hidayah dan seorang anak lelaki Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey berusia lapan bulan.

Ali Puteh

Artikel Lain