MALANG tidak berbau, anak kedua Fad Bocey Favian Adrazin Zayyan mengalami cedera ringan apabila gusinya tertusuk besi alat kawalan jauh (remote control) kereta permainan. Syahirah menerusi Instagramnya berkata, Zayyan selamat jalani pembedahan kira-kira pukul 1.30 pagi Jumaat bagi mengeluarkan besi yang tersangkut di celah gigi. ARTIKEL BERKAITAN: “Bukan meratap tapi sebab rindu” - Fad Bocey minta netizen yang kurang senang henti ikut laman sosial ARTIKEL BERKAITAN: Fad dan Achey dikritik meratap pemergian Abam Bocey, ini penjelasan PU Azman "Dugaan buat kami. Habit anak suka gigit barang mainan. Kali ini tersilap gigit remote control kereta. "Besi lah nak... ngilu mommy, menggeletar badan ni. Syahirah berkongsi detik cemas ketika gusi anaknya tertusuk besi. "Alhamdulillah semuanya selamat. Pada pukul 1.30 pagi semalam masuk dewan bedah dan dibius sepenuhnya sebab dalam keadaan dia sakit memang susah untuk tarik keluar," tambahnya. Syahira berkata, kejadian itu merupakan salah satu dugaan yang lalui sepanjang membesarkan anak. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang bertanya khabar dan mendoakan kesihatan anaknya. "Macam-macam sementara anak nak besar ni. Terima kasih kepada yang bertanya khabar dan doakan anak mommy," ujarnya. Fad bersama isteri dan tiga cahaya mata. Nur Syahira mendirikan rumah tangga dengan Fad bocey pada 14 Mac 2015. Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Favian Adrazin Hayyan, Favian Adrazin Zayyan dan Nur Aminah Mishall.