suria

Bercinta 11 tahun, tapi Shiha Zikir belum terfikir nak kahwin - “Kalau dapat pasangan suka paksa, mesti pening kepala”

Shiha berasa lega kerana kekasihnya tidak pernah paksa dalam soal kahwin.

MESKIPUN sudah 11 tahun bercinta dengan seorang jejaka dikenali sebagai Arul, penyanyi Shiha Zikir masih dengan pendiriannya enggan terburu-buru menamatkan zaman bujang.

Menurut Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 33, dia bersyukur kerana mempunyai teman lelaki yang memahami dan tidak pernah memaksa dalam soal perkahwinan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada VIP cuba dekati tapi Shiha Zikir tolak cara baik

"Walaupun dah 11 tahun tapi dia sentiasa memberi semangat kepada saya dalam industri. Saya pun lega sebab kalau dapat pasangan suka paksa nak kahwin, mesti pening kepala.

"Bagi saya, setiap apa yang kita nak lakukan tak perlu nak terburu-buru atau memaksa. Sebab Tuhan dah tetapkan masa untuk kita.

"Kami dah berusaha tapi bukanlah bermaksud tak nak kahwin. Cuma, tunggu waktu yang tepat dan go with the flow sahaja," kata Shiha kepada mStar.

Sebelum ini, Shiha pernah mendedahkan ada orang kenamaan (VIP) mencuba untuk mendekati biarpun sudah mengetahui dia sudah mempunyai kekasih.

Mungkin selepas saya menjadi juara dalam mana-mana pertanding, saya terus kahwin.

SHIHA ZIKIR

PENYANYI

Kata penyanyi lagu Pipiyama ini, dia berasa bertuah mempunyai kekasih yang memahami dan tidak pernah berasa cemburu dengan mana-mana lelaki yang cuba dekatinya.

Tambah Shiha lagi, dia tidak mahu menetapkan sasaran bila akan berkahwin kerana masih mempunyai impian yang belum dikecapi.

"Saya tak nak terlalu merancang sangat soal kahwin ini kerana bimbang juga apa yang dirancang, tidak menjadi. Jadi lebih baik kita tunggu sahaja.

Shiha mahu kecapi beberapa impian sebelum berkahwin.

"Lagipun, ada lagi impian yang saya belum capai. Mungkin selepas saya menjadi juara dalam mana-mana pertandingan, saya terus kahwin.

"Buat masa ini, fokus saya pada kerjaya tapi kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan dan mungkin tiba-tiba saya akan kahwin dalam masa terdekat ke," ujarnya.

Shiha Zikir

Artikel Lain