suria

Soffi Jikan tolak iklan Bollywood sebab 'Jodoh Syaitan' - “Terpulang nak percaya atau tidak sebab saya sendiri pun terkejut”

Soffi mengakui dia sendiri tidak percaya mengenai tawaran untuk berlakon dalam iklan terbitan produksi Bollywood. Foto: AZMAN GHANI

HASRAT pelakon Soffi Jikan untuk bekerjasama dengan produksi Bollywood hampir tercapai namun dia terpaksa membatalkan impian itu kerana memilih untuk membintangi filem Jodoh Syaitan.

Menurut Soffi atau Mohamad Shoffi Jikan, 50, dia menyedari mungkin ada segelintir pihak yang tidak percaya kerana dia sendiri terkejut dengan tawaran tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertaruh 'Jodoh Syaitan' sebagai filem pertama

"Sebenarnya sekitar 2018, saya pernah ditawarkan untuk berlakon dalam sebuah iklan terbitan produksi dari Bollywood dan itu merupakan impian saya.

Salah satu babak bersama Aprena dalam filem Jodoh Syaitan.

"Dapat pula watak utama, memang saya nak sangat. Tapi memikirkan komitmen dan ketika itu saya ada menerima tawaran berlakon filem Jodoh Syaitan, saya terpaksa tolak.

"Saya tak boleh nak beritahu iklan apa dan nama produksi. Terpulang la nak percaya atau tidak sebab saya sendiri pun terkejut dapat tawaran tersebut," katanya kepada mStar.

Soffi ditemui ketika malam gala filem Jodoh Syaitan yang diadakan di mmCineplexes @ E-Curve, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Mula-mula saya memang tak nak masuk dalam pawagam sebab rasa takut dan tak yakin nak tengok lakonan sendiri.

SOFFI JIKAN

PELAKON

Selain Soffi, filem komedi seram ini turut dibintangi oleh Aprena Manrose, Allahyarham Abam Bocey, Jay Iswazir, Fauziah Nawi dan Kamarul Yusoff.

Filem terbitan Do Motion Sdn Bhd itu akan berada di pawagam seluruh negara bermula 5 Mac ini.

Bercerita lanjut mengenai Jodoh Syaitan, Soffi mengakui pada mulanya dia enggan menonton filem tersebut kerana tidak yakin dengan lakonannya sendiri.

Barisan pelakon filem Jodoh Syaitan.

"Mula-mula saya memang tak nak masuk dalam pawagam sebab rasa takut dan tak yakin nak tengok lakonan sendiri.

"Saya bimbang lakonan saya tidak menjadi. Masa buat itu rasa seronok tapi takut apabila dah siap, lakonan itu tak jadi pula.

"Tapi saya paksa juga diri untuk tonton dan tak sangka saya menangis beberapa kali. Bukan nak puji sebab lakonan sendiri tapi filem itu ada magis dan menjadi bagus," ujarnya.

Soffi Jikan, Jodoh Syaitan

Artikel Lain