suria

Muat naik foto cacah tatu, Ammar Alfian akui kesilapan dan mohon ampun pada Allah - “Ambil perkara ini sebagai pengajaran untuk semua”

Ammar mengakui kesilapan yang dilakukannya itu menjadi perhatian umum.

SETIAP manusia pasti tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. 

Begitu juga dengan pelakon Ammar Alfian yang mengakui pernah melakukan kesilapan sehingga ada pihak menggunakannya untuk menyebarkan fitnah untuk kepentingan sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelaku seks songsang rupa-rupanya lelaki Mexico, bukan Ammar Alfian!

Pelakon tersebut turut memuat naik foto dipercayai ketika membuat ukiran tatu pada badannya beberapa tahun lalu di laman sosial Instagramnya pada Khamis.

Menerusi foto tersebut Ammar, 33, menulis kapsyen memohon keaampunan dan reda dengan takdir yang sudah ditentukan Allah.

Ammar berharap peminat dan pengikut di laman sosial menjadikan kesilapannya sebagai pengajaran.

"Sebagai seorang muslim, perbezaannya adalah dosa saya untuk seluruh dunia melihat dan menilai. Mereka menggunakannya untuk mengeksploitasi dan fitnah bagi kepentingan mereka sendiri.

"Saya tidak boleh menyembunyikannya walaupun betapa sukar saya cuba. Tetapi saya mohon keampunan dan percaya pada Allah yang maha mengetahui semua perkara," katanya.

Sebelum ini, nama Ammar menjadi sebutan netizen apabila sebuah video tidak senonoh yang didakwa miripnya tersebar di media sosial pada penghujung Februari lalu.

Mereka menggunakannya untuk mengeksploitasi dan fitnah bagi kepentingan mereka sendiri.

AMMAR ALFIAN

PELAKON

Netizen mula membuat spekulasi pelaku dalam video tersebut adalah Ammar berdasarkan ukiran tatu di bahagian dada dan bentuk badan.

Pelakon filem Paskal itu tampil menafikan dakwaan tersebut dan mendedahkan beberapa foto individu berkenaan yang dipercayai berasal dari Mexico.

Ukiran tatu yang berbeza menjelaskan Ammar bukan pelaku dalam video tidak senonoh yang tersebar Februari lalu.

Dalam pada itu, Ammar memberitahu masa depan seseorang itu tidak bergantung kepada kesilapan yang dilakukan pada masa lampau.

Ammar juga menasihati peminat dan pengikut di laman sosial untuk menjadikan apa yang berlaku kepada dirinya sebagai pengajaran.

"Masa lalu yang buruk tidak menentukan masa depan. Kepada peminat dan pengikut, saya bukan seorang yang baik dan saya sedar tapi ambil perkara ini sebagai pengajaran untuk anda semua," ujarnya.

Ammar Alfian, Tatu

Artikel Lain