suria

Kes pukul anak angkat, Aliff Syukri dibebaskan dengan jaminan polis

Aliff ditahan pihak polis bagi membantu siasatan kes pukul anak angkatnya sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri dibebaskan dengan jaminan polis selepas ditahan pada Khamis bagi membantu siasatan kes pukul anak angkatnya berusia dua tahun.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor iaitu Datuk Fadzil Ahmat berkata Aliff dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya diambil.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri batal sidang media tergempar penjelasan dakwaan pukul anak angkat, jemputan dibuat tanpa pengetahuan

Sebelum ini, Aliff didakwa memukul anak angkatnya bernama Aminah Alip Shah dalam satu kejadian yang berlaku di kediamannya yang terletak di Petaling Jaya pada 28 Februari lalu.

Difahamkan pembantu rumah kepada pengasas produk Dherbs itu sendiri yang melaporkan kepada pihak polis sehari selepas kejadian tersebut.

Aliff didakwa memukul anak angkatnya.

Suspek dikatakan memukul menggunakan tangan pada muka kanak-kanak terbabit semasa mahu merakam gelagatnya menangis untuk kandungan YouTube.

Terdahulu, tular salinan laporan polis yang yang turut tertera nama Datuk Seri Aliff Syukri dan anak angkatnya Aminah Alip Shah.

Malah, Instagram usahawan kosmetik itu turut mula dibanjiri dengan komen netizen yang mahukan penjelasan berhubung isu ini.

Menerusi laporan mStar pada Khamis, Aliff membatalkan sidang media tergempar yang sepatutnya berlangsung kira-kira pukul 3 petang.

Wakil usahawan tersebut menerusi aplikasi WhatsApp memberitahu perancangan untuk mengadakan sidang media itu dibuat tanpa pengetahuan Aliff. 

Aliff Syukri, Dera, Pukul

Artikel Lain