suria

Dua tahun berkawan rapat, Qody kini suami Nurul Atiqah - “Kami kenal dah lama, dia anak jurulatih saya”

Qody selamat bergelar suami Nurul Atiqah pada Khamis.

PENYANYI kelahiran program realiti Mentor Milenia, Qody selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya Nurul Atiqah Mohd Fuad, kira-kira pukul 9.30 malam Khamis.

Majlis berlangsung secara sederhana di kediaman pengantin perempuan di Masjid Kampung Kumpulan, Langkawi, Kedah.

ARTIKEL BERKAITAN: "Ya kami sudah putus, Qody bukan perampas..." - Safawi

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu bercinta dengan Safawi Rasid, kini pengacara TV3 ini milik Qody

Qody atau nama sebenarnya Rossaidi Abdul Rani, 26, menyerahkan mas kahwin RM1,000 dan wang hantaran RM9,000 selain tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pengantin perempuan.

Sementara itu, Qody berkata, dia memilih wanita yang berkerja sebagai penjawat awam itu selepas berkawan rapat sejak dua tahun lalu.

"Hasrat ini sudah lama saya simpan dan perkahwinan yang dibina ini bagi mencari lebih keberkatan dari Allah. 

"Selain itu juga adalah bagi mengelakkan daripada melakukan perkara yang menjurus kepada maksiat," katanya.

 Nurul Atiqah seorang yang memahami kerjayanya.

Dalam pada itu, menceritakan detik perkenalan mereka, Qody berkata, Nurul Atiqah merupakan anak kepada jurulatih ketika dia aktif bermain bola sepak untuk Belia Kedah bawah 19 tahun.

"Sebenarnya saya kenal dia dulu lagi sebelum saya jadi penyanyi, zaman saya aktif sebagai pemain bola sepak Belia Kedah U19.

"Ayah dia dulu salah seorang jurulatih bola yang mencari pemain bakat-bakat muda dari Langkawi dan dalam masa yang sama kenal-kenal bertegur macam itu saja.

"Perkenalan yang betul-betul rapat lebih kurang dua tahun. Dia seorang yang memahami kerjaya saya sebagai penyanyi," katanya lagi.

Tambah Qody, buat masa ini isterinya akan menetap di Kedah berikutan komitmen kerja.

Qody

Artikel Lain