suria

Anak pertama usia setahun, isteri Rody (Kristal) hamil lagi - “Dulu tanya bila nak kahwin... sekarang amboi lajunya, kenapa dekat sangat?”

Niena berkongsi berita gembira bahawa dirinya kini sedang hamil anak kedua.

BERITA gembira buat anggota kumpulan Kristal iaitu Rody apabila isterinya, Niena Azman memberitahu dirinya kini hamil cahaya mata kedua mereka.

Menerusi perkongsian di Instagram Niena atau Nur Izwani Azman meluahkan rasa syukur atas rezeki yang dikurniakan untuk dia dan suami.

ARTIKEL BERKAITAN: "Habis tangan Rody berbekas penangan genggaman penjaga gol" - Niena imbau saat melahirkan Adith

"Kami percaya pada segala-galanya, pasti ada perancangan daripada Allah... Kami bekerja keras untuk hidup dan kami berjaya lakukannya bersama-sama.

Rody turut berkongsi berita gembira sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 34.

"Kami sangat bersyukur dengan segala yang diberikan. Terima kasih Allah kerana memperkenalkan orang yang membantu memperkuatkan perubahan ini. Ia bukan sesuatu yang mudah," katanya.

Suami Niena yang juga gitaris kumpulan Kristal itu turut berkongsi berita gembira itu di Instagram sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 34 pada Ahad.

Rata-rata peminat di laman sosial mengucapkan tahniah dan mendoakan agar segala urusan pasangan itu dipermudahkan.

Itulah lumrah manusia... bila nampak orang tu dapat dengan mudah, mula tambah pula asam garam. 

NIENA AZMAN

PENJAGA GOL SKUAD FUTSAL WANITA KEBANGSAAN

Dalam pada itu, Niena memberitahu sudah menjadi lumrah manusia gemar bertanyakan soalan sensitif sebelum dan selepas seseorang itu berkahwin.

Menurut Niena, dia dan Rody sememangnya merancang untuk mendapatkan zuriat dalam jarak masa yang singkat disebabkan beberapa faktor.

"Dulu, bila nak kahwin? Lepas kahwin, ditanya pula bila nak dapat anak, bila dah dapat, tanya pula nombor dua.

Pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia setahun.

"Itulah lumrah manusia... bila nampak orang tu dapat dengan mudah, mula tambah pula asam garam. 'Amboi lajunya, kenapa dekat sangat' cili nak?

"Yes! Kami merancang dekat-dekat memandangkan umur dan faktor-faktor lain. Kami cuba tapi rezeki di tangan Allah. Alhamdulillah, tambah satu lagi generasi," ujarnya.

Niena yang juga penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan dan Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin berkahwin di Kulai Johor pada 27 April 2018.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Adithya Jabbar yang kini berusia setahun. 

Rody, Kristal, Niena Azman

Artikel Lain