suria

Ali Puteh mengamuk lagi! - “Ayuh jumpa kalau nak maki atau hina saya! Jangan di IG sebab tak gentle”

Ali mencabar netizen untuk bertemu jika ingin mengkritik dirinya.

PERKONGSIAN pelawak Ali Puteh merindui Allahyarham Abam Bocey di Instagram menerima kecaman netizen yang menganggap ia sekadar ingin mencari perhatian.

Malah, komen balas Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, terhadap kecaman tersebut turut dilihat terlalu kasar.

ARTIKEL BERKAITAN: Ali Puteh terima 700,000 mesej kecaman, tak boleh tidur malam - “Saya mimpi bertemu arwah Abam”

Berang dengan komen negatif yang diterima, Ali menerusi platform media sosial itu mencabar netizen agar bersemuka.

Status Ali ditujukan kepada netizen yang meninggalkan komen negatif.

"Bismillah... ayuh berdepan. Komen-komen minta gentle, berdepan empat mata baru sedap. Saya pelawa ini, bila-bila masa tau.

"Kalau nak maki atau hina saya, jangan di IG sebab tak gentle. Mesej DM saya jumpa depan-depan baru gentle.

"Ayuh!!! Jumpa... saya cabar berdepan ni. Terima kasih," tulisnya.

Sebelum ini, Ali berkongsi foto kenangan bersama arwah Abam ketika zaman kanak-kanak selepas sebulan pemergiaan abangnya itu.

Kalau nak maki atau hina saya, jangan di IG sebab tak gentle

ALI PUTEH

PELAWAK

Menerusi kapsyen di foto tersebut, Ali memberitahu dia dan ibunya, Sabariah Arshad merindui Abam yang meninggal dunia pada 10 Februari lalu.

Dalam pada itu, rata-rata netizen menasihatkan pelawak itu supaya bertenang dan tidak perlu melayan komen-komen negatif.

"Kau tenang saja sudah. Tak payah kelam kabut, kau pun dah berkopiah putih. Elok diam saja, jadi orang sabar. Kau buat begini buka aib kau sendiri la.

"Ali... Jangan layan netizen. Tutup mulut dan diam lebih baik. Lagi kita lawan, lagi banyak syaitan merasuk.

Ali dikecam gara-gara kontroversi melibatkan dia dengan isteri arwah Abam, Nor Hidayah.

"Benda boleh bawa bincang. Gaduh bukan caranya. Mahu duduk rilex saja. Komen negatif jangan layan, benda mudah," kata beberapa netizen.

Menerusi laporan mStar pada 28 Februari lalu, Ali mendedahkan dia menerima lebih 700,000 mesej peribadi berbentuk kecaman di laman sosial.

Ia berikutan gara-gara kontroversi yang membabitkan dirinya dengan isteri kepada arwah Abam iaitu Nor Hidayah.

Ali Puteh, Abam Bocey, Nor Hidayah

Artikel Lain