suria

“Selepas isu murung saya fikir karier saya sudah berakhir” - Haqiem Rusli kini lebih matang berdepan kontroversi

Haqiem mengakui pernah berasakan karier seninya akan berakhir disebabkan kontroversi.

PERNAH terpalit dengan kontroversi depresi dua tahun lalu membuatkan penyanyi Haqiem Rusli kini lebih matang.

Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli, 22, mengakui pernah terfikir kariernya musnah disebabkan isu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Haqiem Rusli minta maaf, bakal jumpa pakar psikiatri

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya pesan jangan peduli kata netizen” - Ibu bangga Haqiem Rusli cekal hadapi cabaran dunia seni

Haqiem belajar daripada kesilapan yang pernah dilakukannya.

"Bukan nak kata saya sudah matang tapi saya banyak belajar daripada kesilapan yang pernah saya lakukan.

"Saya cuba perbaiki diri dan berubah ke arah yang lebih positif. Mungkin ini jalan hidup saya yang sudah ditentukan Allah.

"Memang ketika isu itu terjadi, saya rasa karier seni akan berakhir. Tapi pengurus saya suruh bersabar dan anggap ada sesuatu baik selepas ini.

"Alhamdulillah, apa yang dia cakap itu betul. Saya bersyukur masih ada yang menerima dan ramai peminat yang sokong saya sehingga kini," katanya kepada mStar.

Saya bersyukur masih ada yang menerima dan ramai peminat yang sokong saya sehingga kini.

HAQIEM RUSLI

PENYANYI

Haqiem ditemui ketika majlis memperkenalkan dia dan Baby Shima sebagai ikon Jelajah Agropreneur Muda (JAM2020) di Wisma Tani, Putrajaya pada Selasa.

Sebelum ini, Haqiem pernah dikecam teruk gara-gara dikatakan sengaja mencipta gimik berhadapan dengan masalah kemurungan.

Dalam pada itu, Haqiem menggunakan single terbaharunya berjudul Bangkit untuk memberi kata-kata semangat kepada sesiapa yang pernah berasa ditindas.

Haqiem tampil dengan lagu terbaharu berjudul Bangkit.

"Lagu terbaharu saya itu untuk memberi semangat kepada sesiapa yang pernah berasakan diri mereka ditindas.

"Lagu itu bukan untuk membalas semula apa yang saya pernah terkena tapi ia lebih kepada memberi kata-kata positif kepada semua orang.

"Sebagai contoh, kalau seseorang itu buat kesalahan, kita perlu bantu. Bukannya dengan menghentam," katanya.

Haqiem Rusli, Drama Band

Artikel Lain