TIDAK selesa dengan perbalahan netizen, penyanyi Ara Johari memilih untuk menghadkan ruangan komen di Instagram peribadi miliknya. Ara berkata, dia juga akan memadam dengan segera komen-komen yang menimbulkan rasa kurang senang dan provokasi di laman sosial. “Bagi saya, orang yang follow saya saja yang boleh komen, saya hadkan itu je. Saya tak suka apabila orang luar datang macam makcik bawang sekadar nak datang komen atau buat kecoh lepas itu pergi. ARTIKEL BERKAITAN: "Tolong hormat saya, jangan judge!" - Ara Johari naik muak asyik cakap isu rambut ARTIKEL BERKAITAN: Tunggu 4 tahun lagi baru Ara Johari fikir tentang itu! “Kalau komen itu terlalu melampau seperti melibatkan ibu bapa, marah-marah saya akan padam," katanya. Ara Johari atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari memberitahu perkara itu dilakukan berikutan pernah berasa tertekan dengan komen negatif netizen. Ara Johari hadkan ruangan komen, hanya pengikutnya saja yang boleh meninggalkan komen. “Komen negatif buat saya tertekan, sepanjang bergelar artis dah tiga kali saya dikecam teruk netizen iaitu masa wayang, Anugerah Juara Lagu (AJL) dan fesyen. "AJL tahun lepas saya rasa sangat stres sebab orang tak boleh terima lagu saya dapat tempat kedua, mereka komen dan mesej saya marah-marah. “Saya rehat daripada Instagram seminggu, selepas itu update balik orang dah tak ingat,” ujarnya. Saya tak suka apabila orang luar datang macam makcik bawang sekadar nak datang komen atau buat kecoh lepas itu pergi. - ARA JOHARI - PENYANYI Bercakap mengenai kerjaya seninya, Ara mengakui teruja apabila lagu baharunya Racun Hati kini sudah mencecah satu juta tontonan di Youtube. “Alhamdulillah untuk lagu Racun Hati semakin mendapat perhatian dan sudah cecah satu juta tontonan di Youtube. “Saya sedang mencari satu lagu lagi untuk cukupkan mini album. Saya tak pasti sama ada masih berkaitan atau tidak, tetapi itu adalah impian saya dari dulu nak ada album,” katanya lagi. Ara juga ceburi bidang perniagaan. Selain daripada itu, penyanyi berumur 23 tahun ini juga memberitahu dia kini mencuba nasib dalam bidang perniagaan makanan. “Sekarang saya lebih kepada bisnes daging salai beku, kudap-kudapan dan kuih raya. Kuih baru tahun pertama, tetapi daging salai dah lama. “Saya dah buka untuk tester, mungkin dalam hujung bulan Mac ini saya buka tempahan untuk kuih raya," ujarnya.