PEMILIHAN selebriti media sosial King Coco sebagai Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai di Perak mendapat pelbagai reaksi netizen di laman sosial. Rata-rata netizen terkejut dan membantah keputusan tersebut kerana berpendapat King Coco tidak mempunyai kelayakan untuk menjadi ketua dalam bidang politik. ARTIKEL BERKAITAN: King Coco buat ‘come back’! Menang jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai - “Harap dia jadi pemimpin kelakar” Malah, menerusi Twitter dan Instagram pelakon Datin Diana Daniella turut meluahkan rasa kecewa dengan pelantikan yang dianggap tidak berkualiti. "Saya sebenarnya marah, saya berasal dari Bagan Serai. Saya berasa ia keputusan yang sangat tidak bertanggungjawab membenarkan influencer atau attention seeking untuk jadi suara rakyat. Diana turut berkongsi kenyataan daripada artikel mengenai peranan wakil rakyat. "Adakah dia tahu macam mana besarnya tanggungjawab itu? Apakah kelayakannya? Ini bukan jenaka. "Rasa influencer fondeisyon itu cukup mental stealth dan keupayaan ke untuk pikul tanggungjawab ini? Parti politik itu pun tak rasa tidak bertanggungjawab ke serah kuasa macam itu? "Saya kecewa dengan pelantikan yang tidak berkualiti macam ni. Dia tak layak. Jangan hancurkan harapan rakyat dengan pemilihan tidak matang macam ini. Harap maklum Bagan Serai," kata Diana. Meskipun status yang dimuat naik Diana tidak menyebut nama mana-mana pihak namun umum sudah mengetahui individu yang dimaksudkannya itu adalah King Coco. Ruang komen di status itu juga dipenuhi dengan komen netizen yang bersetuju dan menyokong pendapat isteri kepada pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil itu. Jangan hancurkan harapan rakyat dengan pemilihan tidak matang macam ini. DIANA DANIELLE [ Type in person identity ] "Betul tu... Tertanya-tanya juga apa kelayakan dia dan macam mana boleh tiba-tiba jadi wakil rakyat? Rezeki? Tunjuklah seseorang yang kita rasa dia layak untuk pegang jawatan penting bukan sekadar untuk glamor. "Saya orang Bagan Serai pun rasa tak sepatutnya dan tidak selayaknya jawatan itu dia dapat. Dia bukan sesiapa, untuk apa lantik dia, untuk jadi jenaka di Bagan Serai ke? "Akhirnya ada juga suara besar yang menyatakan apa yang saya rasa. Kalau macam itu pilihan Bagan Serai, hancur," komen beberapa netizen. Dalam pada itu, menerusi komen balas Diana memberitahu dia enggan menyebut nama individu yang diperkatakan namun hanya ingin mempersoalkan pelantikan tersebut. "Saya persoalkan pelantikan Bagan Serai, saya tak mahu sebut namanya. Tapi kita tak perlukan wakil rakyat seperti dia," ujarnya. Coco atau atau Marshaira Ismail, 22, sebelum ini cukup terkenal dalam kalangan netizen kerana percakapan pelat seperti mat salih dan beberapa kontroversi. Menerusi laporan mStar pada Rabu, Coco kini kembali menjadi bualan ramai selepas terlibat dalam politik menerusi parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Penglibatan Coco dalam politik mula dihidu netizen selepas satu poster kempen bagi merebut jawatan tersebut tersebar di laman sosial sejak Selasa. Hasil semakan di Facebook Bagan Serai Kampung Halamanku mendapati ibu kepada seorang anak itu sudah memenangi jawatan berkenaan apabila memperoleh 62 undi dengan menewaskan dua calon lain.