PELBAGAI cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi kru produksi dan pelakon ketika berada di set penggambaran. Pelakon Beto Kusyairi menerusi laman Twitter berkongsi kesulitan yang dialami apabila tidak mendapat kerjasama daripada penduduk di kawasan itu. Pelakon filem Bisik Pada Langit ini berkata, penggambaran yang sedang dijalankan terganggu akibat tidak disenangi jiran sekeliling. ARTIKEL BERKAITAN: Beto Kusyairy selar netizen pertikai kematian Abam Bocey ada petanda husnul khatimah - “Punyalah hitam hati mereka... toksik!” ARTIKEL BERKAITAN: “Lakonan dan disiplin lebih bagus daripada segelintir pelakon dewasa”- Beto Kusyairy puji bakat pelakon cilik "Punyalah pekat sifat dengkinya sampai sengaja membiarkan penggera rumah berbunyi hanya untuk mengganggu penggambaran yang sedang berlangsung di sebelah... tak cukup itu, dihidupkan pula alarm kereta. "Itu yang tak faham tu. Kita satu team semua duduk jaga etika dan tak menganggu gugat rumah dia sikit pun. Beto menulis pengalamannya itu menerusi laman Twitter. "Kita dah dewasa dan profesional, apa yang boleh bikin orang marah kita tak buat," katanya. Pelakon drama bersiri KL Gangster: Underworld berkongsi pengalamannya itu menerusi laman Twitter pada Khamis. Bagaimanapun, dia tidak menyatakan secara khusus lokasi kejadian serta projek penggambaran yang sedang dijalani oleh mereka. Kita jangan ada sikap dengki macam ini ya... rakyat Malaysia sepatutnya kaya dengan budi bahasa dan bertoleransi sesama kita! [BETO KUSYAIRY] PELAKON Sementara itu, Beto berkata sikap yang ditunjukkan individu itu tidak berkaitan dengan bangsa atau agama. Justeru itu, dia meminta rakyat Malaysia lebih bertoleransi dan menjaga budi bahasa supaya masing-masing dapat hidup dengan aman dan damai. "Ini masalah sikap dan sifat peribadi. Bukan masalah bangsa. Pernah saja jumpa mat saleh yang jaki (dengki) dengan lampu shooting yang terletak sepelaung (jauh) dari rumah dia. Beto sedang menjalani penggambaran filem Imaginur. "Kita jangan ada sikap dengki macam ini ya... rakyat Malaysia sepatutnya kaya dengan budi bahasa dan bertoleransi sesama kita. "Apa sekali pun kita jangan letak diri serendah mereka. We take the higher ground. Peace!," ujarnya. Perkongsian Beto itu menerima pelbagai reaksi daripada pengikut di laman tersebut. Malah, penyanyi dan pelakon Adibah Noor turut bersetuju dengan pandangan Beto dan mengakui pernah berdepan pengalaman yang sama. "Memang ada spesis begini dik... akak pernah kena sampai bergaduh-bergaduh... anak, cucu, atok semua keluar untuk maki hamun. Disepaknya muka isteri tuan rumah bagai," kata Adibah. "Orang macam ni kalau tak dilayan apa yang dia buat tu lagi sakit hati rasanya... mungkin team abang kena pergi buat baik sikit dengan dia, tapi kalau orang dah berbudi pun tetap buat macam ni, biarkan sajalah!," komen seorang pengikut.