suria

Shiera ada sebab belum mengaku sudah berhijab - “Masih terkinja-kinja atas pentas, malu nak cakap dah pakai tudung”

Shiera enggan bertudung kerana terpaksa dan bersyukur dikurniakan keluarga yang memahami.

TAMPIL dengan imej berhijab, ramai peminat memuji penampilan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira atau lebih mesra disapa Shiera.

Shiera, 45, bagaimanapun berkata dia enggan membuat pengakuan sudah mengenakan tudung sepenuhnya kerana masih banyak lagi perkara yang perlu dipelajari sebelum membuat keputusan itu.

"Saya akui ada yang puji saya bertudung tapi saya tak mahu mengaku yang saya dah pakai tudung... lepas balik umrah kita cuba perlahan-lahan dekatkan diri dengan agama tapi tak perlulah nak kata dah pakai tudung.

ARTIKEL BERKAITAN: Shiera, Sakinah sering jadi mangsa kecaman netizen - “Sejak sekolah kami memang menyerlah, dapat perhatian”

ARTIKEL BERKAITAN: “Kolam renang mampu tanggung, mengaji minta free” - Shiera tepis fitnah, akui minta kurang tapi bukan percuma

"Sebabnya kita pun masih terkinja-kinja atas pentas, malu nak cakap pakai tudung nanti orang kata perangai masih tak senonoh.

"Lagi pun banyak tudung di rumah kita pakai sajalah, benda ada buat apa nak simpan. Alhamdulillah, keluarga dan kawan-kawan pun doakan yang baik-baik, saya cuba perlahan-lahan," katanya kepada mStar.

Shiera dan adiknya, Sharifah Sakinah suka hiburkan peminat dengan lawak jenaka.

Sering memuat naik kisah harian keluarga di laman Instagram, Shiera memberitahu ada peminat mencadangkannya mewujudkan akaun Youtube.

Namun dia mengakui kesibukan kerja dan menguruskan keluarga membataskannya untuk memiliki akaun peribadi di laman tersebut.

Saya ni sebenarnya suka berlakon cerita-cerita lawak dan sitkom tapi tak ada tawaran, jadi share sajalah kehidupan lawak di media sosial!

SHARIFAH SHAHIRA

PELAKON

"Ada yang cadangkan saya buka Youtube dan kongsi kehidupan peribadi setiap minit sebab kelakar... tapi tak sempat lagi!

"Saya ni sebenarnya suka berlakon cerita-cerita lawak dan sitkom tapi tak ada tawaran, jadi share sajalah kehidupan lawak di media sosial.

"Sekarang ini pun banyak masa dengan anak, nak keluar sangat pun tak berapa suka sebab nak kena bawa anak, jadi kita habiskan masa bersama mereka di rumah," ujarnya.

Sharifah Shahira, Suria FM

Artikel Lain