suria

Sembilan tahun 'hilang', Ramlah Ram disangka sudah bersara - “Saya belum lagi tinggalkan dunia nyanyian”

Ramlah jarang muncul di kaca TV tapi masih aktif terima tawaran membuat persembahan.

HAMPIR sembilan tahun 'hilang' daripada industri muzik, penyanyi Ramlah Ram disangka sudah tidak berminat dengan dunia nyanyian.

Biarpun lama tidak keluar dengan lagu baharu, Ramlah, 55, berkata, dia masih aktif dan menerima tawaran untuk menyanyi di acara tertutup.

ARTIKEL BERKAITAN: Hampir 10 tahun menjanda, pintu hati Ramlah Ram belum terbuka untuk mana-mana lelaki

"Sebenarnya saya masih lagi aktif dan menerima tawaran untuk membuat persembahan dalam acara tertutup. Selain itu, ada juga buat kerja lain berkaitan dengan karier seni.

Ramlah tampil dengan lagu terbaharu.

"Mungkin orang lihat saya tak ada keluar album atau lagu dan jarang muncul dalam mana-mana program televisyen, mereka anggap saya sudah berhenti.

"Tapi saya masih menyanyi dan belum lagi tinggalkan dunia nyanyian," kata Ramlah.

Ramlah ditemui ketika majlis pelancaran single terbaharu berjudul Masar Cinta di Damansara Perdana, Petaling Jaya pada Jumaat.

Ketika rakaman, saya memang sukar nak menyanyi.

RAMLAH RAM

PENYANYI

Kali terakhir penyanyi kelahiran program Bintang RTM ini mengeluarkan single pada 2011 yang berjudul Diam-Diam Jatuh Cinta.

Dalam pada itu, Ramlah memberitahu dia berasa sebak sepanjang merakam lagu itu berikutan terkenang penggubah lagu bersama iaitu Allahyarham ID Mifzal yang meninggal dunia pada Mac 2017. 

"Ketika rakaman, saya memang sukar nak menyanyi. Boleh dikatakan lagu ini paling susah nak rakam disebabkan terpaksa berlawan dengan perasaan.

Ramlah Ram belum bersara.

"Saya rasa sebak sebab terkenangkan arwah yang juga bekas presiden kelab peminat saya. Orang tak tahu betapa rapatnya hubungan kami dahulu.

"Lagu ini kami gubah bersama-sama, tapi arwah tak sempat nak tengok hasil sepenuhnya. Memang saya rasa nak menangis tapi cuba kawal sebab nanti tak dapat pula nak menyanyi," ujarnya.

Ramlah Ram

Artikel Lain