suria

Tahniah! Fad Bocey bakal timang anak keempat, isteri hamil dua bulan - “Ada rezeki yang lebih istimewa Allah bagi”

Kandungan isteri Fad Bocey kini memasuki tiga minggu.

SEMPENA ulang tahun perkahwinan yang ke lima, isteri kepada pelawak Fad Bocey iaitu Syaheera Rahman mengumumkan bahawa dirinya kini sedang hamil anak keempat.

Menerusi laman Instagram, Syaheera memohon maaf kepada suaminya kerana tiada sambutan istimewa memandangkan keadaan dirinya mengalami alahan teruk.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Fad Bocey cedera ringan, gusi tertusuk besi 'remote control'

Syaheera juga berterima kasih kepada Fad yang banyak membantu dalam menguruskan keluarga mereka termasuk urusan persekolahan anak-anak.

Syaheera berkongsi berita gembira di Instagram.

"Tak ada yang istimewa tahun ini tapi ada rezeki yang paling istimewa Allah bagi, Nak tengok kena slide la. Hampir dua bulan dan mommy minta maaf tak ada sambutan istimewa.

"Nak bangun berdiri pun tak mampu lagi. Ya, sangat teruk trimester pertama saya. Moga lebih kuat selepas ini. Banyak kerja tertunggak.

"Terima kasih daddy, uruskan semuanya. Urus makan minum mommy, anak-anak, sekolah anak-anak pun daddy siapkan.

"Hanya Allah yang dapat balas. Awak seorang suami terbaik (walaupun gaduh sudah tentu cakap bukan-bukan) Sayang awak," katanya.

Hampir dua bulan dan mommy minta maaf tak ada sambutan istimewa.

SYAHEERA RAHMAN

ISTERI KEPADA PELAWAK FAD BOCEY

Syaheera berkongsi berita gembira itu di Instagramnya pada Sabtu dengan memuat naik ujian kehamilan yang menunjukkan kandungannya berusia tiga minggu.

Ruang komen di foto tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen dan beberapa selebriti antaranya Fasha Sandha, Hanez Suraya serta Syura Badron.

Dalam pada itu, Syaheera mendoakan agar Allah terus melindungi rumah tangga dan keluarga mereka.

"Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-5 daddy. Moga Allah terus melindungi, memelihara dan merahmati rumah tangga serta keluarga kita.

Fad bersama isteri dan anak-anak.

"Dugaan? Sangat banyak tapi hanya kesabaran yang jadi benteng utama. Moga kita lebih matang dalam hubungan ini. Susah senang kita biarlah jadi kenangan," ujarnya.

Syaheera atau Nur Syahirah A.Rahman mendirikan rumah tangga dengan Fad pada 14 Mac 2015.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Favian Adrazin Hayyan, Favian Adrazin Zayyan dan Nur Aminah Mishall.

Syaheera Rahman, Fad Bocey

Artikel Lain