suria

Konsert Khai Bahar ditangguh? Ogy minta peminat bertenang - “Saya belum buat pengumuman, peminat Khai tolong hormat saya!”

Ogy selaku penerbit dan penganjur konsert Khai Bahar perlu berbincang dengan pihak Istana Budaya terlebih dahulu.

PENINGKATAN kes baharu positif Covid-19 setiap hari menyebabkan beberapa acara yang melibatkan orang ramai terpaksa ditunda atau dibatalkan.

Berikutan itu, penerbit konsert Khai Bahar iaitu Fauziah Ahmad Daud memohon agar peminat penyanyi itu tidak membuat andaian berhubung apa yang sedang berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN: Ogy kongsi kisah hidup di Youtube - “Saya tak mahu nanti dah tiada, ada orang mereka-reka cerita tidak betul”

ARTIKEL BERKAITAN: Khai Bahar terima kritikan, dianggap belum layak ke Istana Budaya - “Semua penghibur impi buat konsert di pentas itu”

Menurut Fauziah atau lebih dikenali sebagai Ogy, 58, dia perlu berbincang terlebih dahulu dengan pihak Istana Budaya sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Ogy memuat naik kenyataan di Instagram.

"Saya belum buat pengumuman. Peminat-peminat Khai, tolong hormat saya. Maaf ya sebagai penerbit dan penganjur konsert solo Khai Bahar, saya amat peka dengan virus yang sedang menular sekarang.

"Dan saya amat faham bila anda DM saya bertanyakan perkembangan konsert ini. Tapi saya perlu menghormati tuan rumah iaitu Ketua Pengarah Istana Budaya.

"Kami perlu berbincang dahulu. Saya rasa ralat bila ada peminat-peminat Khai Bahar yang memandai-mandai post di Igstory tanpa mengetahui apa jua keputusan saya dan pihak IB.

Maaf ya sebagai penerbit dan penganjur konsert solo Khai Bahar, saya amat peka dengan virus yang sedang menular sekarang.

OGY AHMAD DAUD

PELAKON DAN PENERBIT

"Maaf ya... sikap sebegini saya amat tidak gemar," kata Ogy menerusi laman Instagram miliknya.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan Ogy dan mendoakan agar segala urusanya dipermudahkan.

Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia sepatutnya dijadualkan bakal berlangsung di Istana Budaya (IB) selama dua hari bermula 27 Mac depan.

Ogy Ahmad Daud.

Bagaimanapun, pada Jumaat, pihak Istana Budaya menerusi kiriman emel memaklumkan konsert tersebut ditunda pada tarikh yang akan ditentukan kelak.

Menerusi laporan mStar pada 27 Januari lalu, Ogy menjelaskan dia memilih Khai untuk membuat konsert di pentas berprestij itu di bawah syarikatnya kerana mempercayai bakat penyanyi itu.

Penyanyi lagu Luluh itu pernah memberitahu dia tidak berasa bimbang dengan kritikan netizen yang beranggapan dirinya belum cukup layak untuk membuat persembahan di pentas IB.

Ogy Ahmad Daud, Khai Bahar

Artikel Lain