suria

Komen 'pedas' Aliff Syukri di 'ICSYV' keterlaluan! - “Abang bomba paling teruk saya kritik, tak sangka rupa-rupanya...”

Komen Aliff Syukri dikatakan seakan-akan menghina peserta.

KRITIKAN dan komen 'pedas' yang dilemparkan oleh usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri semasa menjadi panel jemputan dalam program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYCVMY) yang bersiaran Ahad lalu mengundang rasa kurang senang segelintir penonton.

Ada netizen beranggapan Aliff Syukri melakukan penghinaan apabila mengutuk suara serta memberi komen mengaibkan peserta yang berperanan sebagai penyamar.

"Sejujurnya saya hanya mengikut arahan program tersebut. Produksi yang meminta dan menyuruh saya komen tentang penampilan dan luaran peserta, iyalah suara tak boleh nak komen sebab tak dengar!

"Saya akui memang abang bomba tu paling teruk saya kritik, tapi tak sangka rupa-rupanya suara dia paling sedap. Saya hanya jadi diri sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga goyah, Aliff Syukri 'unfollow' isteri di IG - “Dulu saya bahagia tapi...”


Tindakan Aliff mengkritik penampilan seorang peserta mengundang rasa kurang senang penonton.

"Selama satu jam rakaman tu saya hina dia, rupa-rupanya suara dia sedap... dia saja nak kenakan saya dengan penampilan macam itu, baru tahu perangkap sahaja!," katanya kepada mStar.

Pada Ahad lalu, Aliff Syukri bersama pelakon Rozita Che Wan diundang menjadi panel jemputan.

Selama satu jam rakaman tu saya hina dia, rupa-rupanya suara dia sedap... dia saja nak kenakan saya dengan penampilan macam itu.

ALIFF SYUKRI

USAHAWAN KOSMETIK

Mereka bersama tiga lagi panel penyiasat tetap iaitu Jihan Muse, Mark Adam dan Yusry Abdul Halim ditugaskan membantu artis jemputan Datuk Hattan mencari penyanyi sebenar dalam program tersebut.

Bagaimanapun, komen yang diberikan oleh Aliff Syukri terhadap salah seorang peserta program itu mengundang rasa kurang senang segelintir penonton.

Sementara itu, Aliff berkata tiada sebarang isu berbangkit semasa dia bertemu dengan Hattan dan masing-masing bersikap profesional.

Hattan memilih penyanyi bersuara sumbang sebagai pilihan duet.

"Itulah mula-mula jumpa Datuk Hattan okay sahaja, kami baik-baik sahaja, dalam program itu pun saya cuba yakinkan dia memilih peserta dan dia ikut sahaja.

"Tapi semua peserta yang saya yakinkan itu rupa-rupanya suara tak sedap. Proses rakaman berjalan lancar dan masing-masing tahu tugas serta profesional," ujarnya.

Pada Januari lalu, Hattan meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan jutawan kosmetik ini yang menemuramah pelakon Puteri Balqis untuk kandungan laman YouTube.

Hattan berpendapat Aliff hanya menggunakan kisah kehidupan Puteri Balqis yang sedang hangat diperkatakan untuk meraih perhatian sehingga menjejaskan kehidupan remaja itu.

Artikel Lain