SELEPAS beberapa bulan mengenali hati budi masing-masing pelakon dan penyanyi Ayda Jebat akhirnya menerima lamaran bekas HLive! pengacara Nabil Mahir. Berita gembira itu dikongsi menerusi laman sosial penyanyi berkenaan yang memuat naik foto bersama cincin lamaran yang diterimanya pada ulang tahun ke-28. ARTIKEL BERKAITAN:Nabil Mahir, Ayda Jebat mengaku bercinta - “Saya ada perancangan tamatkan zaman bujang pada usia ini” Menerusi kapsyen tersebut Ayda memberitahu perkara itu merupakan hadiah ulang tahun yang paling bermakna untuknya. "The best birthday gift ever. I said yes! (Hadiah hari jadi paling bermakna. Ya saya terima!” tulisnya berserta hashtag #Helockmeforever #BilAydaJatuhCinta. Ayda terima lamaran Nabil Mahir. Sementara itu, Nabil turut memuat naik foto bersama penyanyi lagu Aduh Aduh Sayang di laman sosialnya. “She said yes!” tulisnya pada kapsyen foto berkenaan. Menerusi foto terdahulu, Nabil memberi kata-kata romantik dengan menganggap Ayda adalah perkara terbaik yang terjadi dalam hidupnya. "Kamu adalah perkara terbaik yang terjadi dalam hati saya. "Kamu perkara paling manis yang terjadi dalam kehidupan saya. Kamu adalah perkara yang saya sentiasa mahukan dan lebih daripada apa yang sepatutnya," ujarnya. Rata-rata pengikutnya termasuk rakan-rakan artis mengucapkan tahniah kepada pasangan itu. The best birthday gift ever. I said yes! AYDA JEBAT PELAKON DAN PENYANYI “Tahniah dan selamat hari jadi baby girl” tulis Mira Filzah. “Ee bestnya congratulation!” ucap Ernie Zakri. Pada November lalu, Nabil menerusi laporan mStar mengakui mempunyai hubungan rapat dengan Ayda, malah dia merancang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini. Manakala Ayda juga berkata kehadiran Nabil dalam hidupnya menjadikan dia seorang manusia yang lebih baik. “Kalau orang tanya kenapa saya Kawan dengan dia? Salah satu sebab dia jadikan saya manusia lebih baik dari sebelum ini,” ujarnya.