suria

“Kau nak cakap fasal aku sentuh Kaabah, terus Makkah tak boleh masuk?” - Sajat bengang dituduh punca musibah

Seorang individu mendakwa Sajat memegang Kabbah menjadi punca penularan Covid-19.

PENULARAN wabak Covid-19 yang menjadi kebimbangan dunia sehingga pusat ibadah umat Islam di Makkah dan Madinah dihadkan pengunjungnya turut memberi tempias kepada usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman.

Situasi yang berlaku itu turut dikaitkan kononnya Sajjad turut menjadi punca perlaksanaan halangan sementara di negara Arab Saudi itu selepas dia bersama sahabat dalam rombongan jemaah umrah yang zahirnya seorang lelaki memakai telekung ketika melakukan ibadah.

Sajjad atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat meminta bukti kukuh yang mengatakan tindakan dia memegang Kaabah dengan bertelekung menyebabkan berlakunya penyebaran wabak Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Sajat kongsi video menangis, cium Kaabah... masih berpakaian wanita - “Aku seorang pendosa, Ya Allah... maafkan aku”

"Rasa nak jumpa ustaz yang mengata aku! Apa masalah ustaz ini? Rasanya lockdown (istilah sebenar ialah perintah kawalan pergerakan) ini bukan kat Makkah saja. kena! Malah, satu dunia!

Antara status yang dimuat naik Sajat.

"Kau nak cakap fasal aku sentuh Kaabah, terus Makkah tak boleh masuk? Habis itu, agensi yang menipu orang pergi umrah itu? Itu bukan bencana ke?

"Mana bukti kukuh daripada penganalisis dunia yang mengata bahawa Sajat pegang Kaabah terus Makkah tak boleh masuk?

"Dah la ustaz, jangan buat fitnah, tak baik tau! Eee... geramnya!!! Tak kuasa saya macam ni! Menyampah!" katanya.

Mana bukti kukuh daripada penganalisis dunia yang mengata bahawa Sajat pegang Kaabah terus Makkah tak boleh masuk.

NUR SAJAT

USAHAWAN KOSMETIK

Sajat meluahkan rasa marah terhadap individu yang membuat tuduhan itu di Instastory miliknya.

Pada awal Mac lalu, kerajaan Arab Saudi mengumumkan halangan sementara memasuki Makkah dan Madinah bagi umat Islam untuk melaksanakan ibadah umrah berikutan penularan wabak Covid-19.

Berikutan itu, seorang individu bergelar ustaz mendakwa sekatan itu terjadi disebabkan tindakan Sajat memegang Kaabah ketika mengerjakan ibadah umrah pada awal Februari lalu.

Sebelum ini, Sajat yang mengenakan pakaian seperti wanita lengkap bertelekung ketika mengerjakan ibadah umrah mengundang kecaman hebat netizen.

Tindakan Sajat (kiri) memakai pakaian wanita ketika tunai umrah dikecam netizen.

Dalam pada itu, Sajat menegaskan dia bukan punca sekatan itu dilakukan dan mempersoalkan tindakan individu itu membuat kesimpulan yang dianggap tidak benar.

"Kes orang lain makan makanan haiwan buas seperti kelawar, ular, kucing, anjing dan macam-macam lagi, hujung-hujung ustaz kata bala yang datang ni sebab aku pegang Kaabah.

"Apa ini? CNN tak ada masuk pun fasal ini? Tolonglah! Rumusan apa yang korang suka-suka buat andaian ini?" keluhnya.

Nur Sajat, Covid-19

Artikel Lain