suria

Amyza Aznan rasa bersalah, 13 tahun tak jumpa Maya Matahari - “Punya leka dan lalai... saya memang ralat”

Kematian Maya mengejutkan ramai pihak termasuk pelakon Amyza Aznan (kanan).

GARA-GARA terlalu leka dan sibuk dengan kerja harian, pelakon Amyza Aznan mengakui dia tidak berkesempatan bertemu dengan Allahyarham penyanyi Mya Ruslee atau lebih dikenali sebagai Maya Matahari selama 13 tahun.

Bagaimanapun Amyza, 44, berkata biarpun tidak mempunyai peluang untuk berjumpa namun dia dan arwah kerap berhubung antara satu sama lain melalui telefon.

ARTIKEL BERKAITAN: Maya Matahari meninggal dunia akibat kanser

ARTIKEL BERKAITAN: 25 tahun bersahabat, Nazia Mustafar kongsi kali terakhir jumpa Maya Matahari - “Dia pesan supaya saya tak menangis...”

"Sebenarnya kita sebagai kawan, ambil mudah. Terlalu fikirkan esok masih ada dan terlalu sibuk dengan kerja, sampai terlupa nak pergi ziarah.

Amyza sempat menziarahi jenazah Maya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Rabu malam.

"Apabila dikira semula, rupa-rupanya sudah 13 tahun kami tak berjumpa. Punya leka dan lalai. Saya memang ralat sangat sebab tak dapat bertemu dengan dia.

"Sedangkan rumah kami dekat, tapi tak pernah terserempak. Tapi walaupun tak berjumpa, tapi kami kerap berhubung di telefon," katanya kepada mStar.

Pemergian Mya Ruslee pada petang Rabu turut memberi tamparan kepada pelakon Amyza Aznan yang merupakan salah seorang rakan baik arwah.

Menerusi Instagram Amyza meluahkan rasa bersyukur apabila dia dapat memberi penghormatan terakhir kepada rakannya itu.

Sedangkan rumah kami dekat, tapi tak pernah terserempak.

AMYZA AZNAN

PELAKON

Dalam pada itu, Amyza memberitahu arwah sudah menderita sakit kanser sejak menyertai program Gegar Vaganza (GV) musim kelima pada 2018.

Kata Amyza, dia dan beberapa rakan artis mengetahui mengenai penyakit tersebut namun atas permintaan arwah mereka terpaksa merahsiakannya.

"Arwah nampak saja kuat tapi sebenarnya dia sudah lama menghidap penyakit kanser sejak masih dalam program GV lagi.

"Saya dan beberapa kawan rapat juga mengetahui tapi arwah minta rahsiakan sebab bimbang orang kata nak minta simpati apabila masuk GV.

Nazia Mustafar dan Ieda Moin antara rakan artis yang mengetahui arwah Maya menghidap penyakit kanser.

"Sebab itu kami menghormati permintaan dan merahsiakannya sehingga arwah sudah tiada," ujarnya.

Mya atau nama sebenarnya Myanaliza Ruslee, 44, meninggal dunia kira-kira pukul 4 petang, Rabu di Pusat Perubatan ParkCity di Kepong, Kuala Lumpur.

Difahamkan arwah meninggal dunia akibat kanser tahap empat dan baru sahaja pulang daripada menjalani rawatan di China.

Allahyarham pernah mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz pada 26 Jun 2009 namun bercerai pada 17 Ogos 2015 tanpa dikurniakan anak.

Amyza Aznan, Maya Matahari

Artikel Lain