suria

Dayangku Intan bimbang alami simptom seperti jangkitan Covid-19

Dayang bimbang suaminya mudah dijangkiti penyakit dan virus Covid-19.

PENYEBARAN wabak Covid-19 ketika ini menimbulkan rasa cemas kepada seluruh rakyat termasuklah penyanyi era 1980-an, Dayangku Intan yang mendakwa mempunyai simptom penyakit bawaan virus  itu.

Katanya, antara tanda-tanda dialaminya ialah demam, sakit kepala, sakit tekak malah dia juga mengalami pening dan rasa nak muntah.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Dayangku Intan meninggal dunia akibat komplikasi selepas pemindahan hati

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya sihat cuma proses sembuh terganggu kerana terlalu aktif” - Dayangku Intan nafi alami komplikasi selepas derma buah pinggang

Kerana bimbang dengan situasi itu membuat dia mengambil keputusan meminta nasihat daripada temannya seorang doktor pakar dan sahabatnya meminta dia untuk membuat pemeriksaan di hospital.

Dayang berkongsi pengalaman itu di Facebook.

Malangnya kata Dayang, sebaik tiba untuk mendapatkan pemeriksaan, dia tidak mendapat layanan yang sempurna.

"Dalam masa seminggu kadang-kadang demam, sakit kepala, tekak sakit dan badan pun sakit-sakit. Tapi dalam masa dua hari ini keadaan saya semakin teruk, pening nak muntah, sakit kepala yang teruk dan ada masa sakit ulu hati.

"Risau sebab ada simtom seperti Covid-19, saya hubungi rakan yang juga seorang doktor pakar. Dia suruh pergi lakukan pemeriksaan. Saya pergi bertanyakan ke kaunter kecemasan di sebuah hospital dan beritahu jururawat, saya ada simtom selsema.

"Jururawat itu hanya tanyakan soalan saya ada pergi luar negara dan ada kontak rapat dengan kes Covid-19 dan bila saya kata tiada, dia panggil doktor pula. Kemudian doktor itu terus cakap saya tak ada wabak itu tanpa periksa diri saya.

Doktor itu terus cakap saya tak ada wabak itu tanpa periksa diri saya.

DAYANGKU INTAN

PENYANYI

"Doktor sepatutnya jelaskan la dengan betul dan teliti. Bila saya cakap secara lembut, baru dia nak berlembut juga," katanya.

Dayang memuat naik video perkongsian mengenai pengalamannya berhadapan dengan pihak hospital berkaitan wabak itu di laman Facebook miliknya pada Rabu.

Antara simptom jangkitan Covid-19 iaitu mengalami demam yang teruk, selsema, sakit teruk, batuk dan sakit badan.

Namun, pihak yang berpotensi tinggi dijangkiti ialah mereka yang pulang dari luar negara dan ada berhubung rapat dengan individu yang lebih awal disahkan positif Covid-19.

Susulan penularan wabak Covid-19 semakin teruk, kerajaan Malaysia mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 11 Mac sehingga 31 Mac ini.

Gambar kenangan Dayang bersama arwah anaknya Wanku Syarafana (tengah).

Dalam pada itu, Dayang menjelaskan dia mengambil keputusan untuk melakukan pemeriksaan disebabkan bimbang sekiranya dijangkiti, dia akan menjadi penyebar virus itu kepada suaminya dan orang luar.

"Suami saya kini ada makan ubat dan dia pernah melakukan transplant (pemindahan organ) menyebabkan mudah untuk dijangkiti virus itu.

"Bukan saya saja-saja nak buat pemeriksaan itu tapi kerisauan jika saya menjadi penyebar kepada orang lain pula," ujarnya.

Kata Dayang, dia sering dikunjungi orang ramai yang ingin melawatnya selepas kematian anaknya Wanku Intan Syafarana Rosman, 23, yang meninggal dunia pada 21 Februari lalu.

Dayang memberitahu, dek kerana itu tidak mustahil dia boleh terdedah keapda jangkitan tersebut.

Sebelum ini, Dayang menjalani pemindahan buanh pinggang untuk suaminya, Rosman Yahil pada Oktober 2018.

Dayangku Intan, Covid-19

Artikel Lain