suria

Aliff Syukri dan Ali Puteh berdamai - “Saya berharap sangat kami boleh jadi kawan”

Aliff Syukri dan Ali Puteh akhirnya berdamai.

KONFLIK membabitkan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan pelawak Ali Puteh berakhir apabila kedua-duanya mengadakan pertemuan pada Jumaat.

Menerusi laman Instagram, Aliff berkongsi sekeping foto pertemuan mereka dan memberitahu segala persengketaan membabitkan mereka sudah berakhir.

"Hari ini saya berjumpa dengan Ali Puteh dan Alhamdulillah Ali Puteh dengan saya sudah berdamai.

ARTIKEL BERKAITAN: Ali Puteh nasihat Aliff Syukri supaya berzikir jika hati tak tenang - “Sungguh berguna nasihat awak... cuba bahagiakan saya”

"Kami berjumpa buat kali pertama... Ali memberikan kata-kata semangat kepada saya dan menjadi sebagai seorang kawan kepada Ali Puteh. 

"Saya berharap sangat kami boleh menjadi sorang kawan dan tiada sengketa antara kami," katanya.

Ali kesal dengan kenyataan Aliff sebelum ini.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Cuba Bahagia ini tidak menyatakan lokasi pertemuan mereka itu.

Sementara itu, Aliff berkata dia merancang untuk mengunjungi kediaman Ali untuk bertemu dengan keluarga arwah Abam itu.

Saya berharap sangat kami boleh menjadi sorang kawan. 

ALIFF SYUKRI

USAHAWAN KOSMETIK

"Apa-apa pun, jika ada masa InsyaAllah saya akan pergi ke rumah Ali dan berjumpa dengan keluarga Ali.

"Saya harapkan yang terbaik untuk mereka. Amin Amin Amin Ya Rab," ujarnya.

Pertemuan untuk berdamai antara Aliff dan Ali menerima pujian pengikut.

Sebelum ini, kontroversi antara mereka tercetus apabila Aliff menemu bual isteri Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah pada Februari lalu.

Tindakan Aliff bertanyakan kepada Nor Hidayah mengenai harta peninggalan arwah Abam mengundang kemarahan Ali sehingga mencetuskan perbalahan antara mereka bertiga.

Malah, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 31, memohon agar Aliff bertaubat kerana secara tidak sengaja telah memecah belah silaturahim antara ahli keluarga mereka.

Selepas menerima kecaman gara-gara dikatakan menjadi punca kemelut Ali dan Nor Hidayah, pengasas produk D'Herbs itu membuat permohonan maaf secara terbuka.

Aliff Syukri, Ali Puteh

Artikel Lain