PELAKON Sharnaaz Ahmad menegur sikap segelintir masyarakat yang masih ingkar dengan arahan kerajaan sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Menurut Sharnaaz, masih ada individu yang berada di luar rumah tanpa sebarang tujuan dan tidak mengambil serius mengenai penularan wabak Covid-19 ini. "Apa yang buta perut sangat hangpa (kamu) ni, kerajaan dah suruh duduk rumah, duduk sajalah takkan tak faham lagi... hangpa pun bukan budak-budak lagi. "Aku tengok masa nak keluar, macam tak ada apa boleh keluar, nak cakap bahasa lagi elok tak tahu dah, perdana menteri dah cakap habis lembut, kalau ikut kasar dia baling kasut dah kat hangpa, nak ke askar duk tunggu kat bawah. ARTIKEL BERKAITAN: “Yang buat poster pun bahalol” - Sharnaaz Ahmad melenting, pereka grafik mohon maaf silap eja nama "Fikirlah sama, orang dah bagi kelonggaran boleh keluar beli barang kalau kecemasan, faham tak? Ni aku tengok sempoi gila, hangpa tak takut ke? macam mana orang luar yang tak bersalah," katanya. Sharnaaz berkongsi luahan dan pandangannya itu menerusi laman Facebook pada Khamis. Sharnaaz minta orang ramai patuhi arahan kerajaan. Sementara itu, Sharnaaz menasihati masyarakat supaya tidak mementingkan diri dan mematuhi arahan yang dikeluarkan kerajaan ini. Bagaimanapun jika ada urusan penting di luar rumah, haruslah diselesaikan secepat mungkin dan segera pulang ke rumah. Bukan sebab nak tunjuk pandai tapi kasihan orang yang tak ada kena mengena boleh kena Covid-19. SHARNAAZ AHMAD PELAKON "Jangan pentingkan diri bab ni, tapi kalau hangpa tak faham bahasa, Covid ni bahaya.... kalau ada urusan, cepat-cepat balik, stay home stay safe, kita faham setiap orang ada kepentingan tapi kalau tak perlu tak payah keluar. "Hashtag tak reti bagi penampaq ja... bukan sebab nak tunjuk pandai tapi kasihan orang yang tak ada kena mengena boleh kena Covid, duduk rumah masa banyak boleh diisi dengan pelbagai aktiviti. "Kami semua shooting kena hold, carilah benda yang boleh buat hang happy, kalau tak boleh buatlah video ke? TikTok ke? janji hang happy, jangan cari fasal dengan orang dan ingkar arahan kerajaan, aku bagi penampaq sat gi (sekejap lagi), geram ini untuk kebaikan kita semua," ujarnya. Dalam pada itu, pelakon filem Juvana ini turut berterima kasih kepada pihak keselamatan dan kesihatan yang bertungkus-lumus membantu membendung penyebaran wabak tersebut. Sharnaaz luah rasa bengang di Instagram dan Facebook. "Aku nak ucap terima kasih kepada doktor, jururawat sebab depa (mereka) sanggup mati demi kita tapi tak usahlah menipu kalau kamu ada sakit beritahu. "Bukan depa nak bunuh hangpa, depa nak selamatkan hangpa, kalau hangpa tipu benda tu dan kena dekat orang tersayang itu namanya pentingkan diri. "Nak cakap dekat hangpa tak payahlah keluar kecuali ada kecemasan," katanya. Pada Isnin lalu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia bermula 18 Mac sehingga 31 Mac ini. Muhyiddin turut merayu orang ramai supaya mematuhi arahan tersebut dan kekal berada di rumah bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang sudah meragut dua nyawa di negara kita ini.