suria

Brother Of The Year, Pengabdi Setan antara filem terbaik yang boleh ditonton di dimsum entertainment

Pengabdi Setan antara filem yang boleh anda tonton di dimsum entertainment.

SEJAK Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan oleh pihak kerajaan minggu lain, pelbagai inisiatif dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk kekal produktif di rumah. 

Ada sebahagian yang mengambil kesempatan ini untuk melunaskan kerja-kerja tertunggak, dan terdapat juga kelompok individu yang memilih untuk bersantai dan menonton kandungan hiburan sama ada di televisyen mahupun strim secara atas talian.

Bercakap mengenai platform penstriman, dimsum entertainment menawarkan pelbagai kandungan menarik, sesuai untuk ditonton sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. 

Antaranya, filem Brother of the Year, lakonan Sunny Suwanmethanont yang pernah singgah ke Kuala Lumpur bagi menjayakan dimsum Thai Pop 2019; naskhah seram Pengabdi Setan lakonan aktor tempatan Bront Palarae, filem jenayah remaja Bad Genius, serta dua filem cinta The Gift dan Dear Nathan. Selain itu, dua drama baharu turut disajikan kepada penonton iaitu Dejavu dan Behind the Mask.

Brother Of The Year.

Brother of the Year (Thailand)

Mengisahkan tentang pasangan adik beradik Jane dan Chut yang tinggal serumah, namun memiliki personaliti berbeza. Chut merupakan seorang lelaki cemerkap manakala Jane pula seorang pembersih. Konflik lelucon timbul apabila Chut berasa takut kehilangan Jane tatkala adiknya itu melahirkan hasrat untuk berumah tangga dengan belahan jiwanya, Moji.

Pelakon: Sunny Suwanmethanont, Urassaya Sperbund, Nichkhun.

Pengabdi Setan (Indonesia)

Filem seram ini mengisahkan seorang ibu yang meninggal dunia kerana penyakit misteri. Selepas kematian tersebut, si ayah meninggalkan anak-anak untuk pergi bekerja di pekan. Namun, kejadian misteri mula terjadi apabila si ibu yang telah meninggal dunia kembali ke rumah keluarga tersebut.

Pelakon: Tara Basro, Bront Palarae, Endy Arfian, Ayu Laksmi.

Bad Genius.

Bad Genius (Thailand)

Lynn, pelajar pintar yang mengambil kesempatan di atas kebijaksaannya untuk menjual jawapan peperiksaan di sekolah. 

Rakan baik Lynn iaitu Pat dan Grace mencadangkan gadis itu untuk menjual jawapan peperiksaan STIC, sebuah peperiksaan antarabangsa yang diwajibkan bagi para pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti ternama. 

Peperiksaan tersebut dijalankan serentak di seluruh dunia, dan Lynn perlu terbang ke negara lain yang berbeza zon masa untuk menjawab terlebih dahulu soalan peperiksaan berkenaan. Tidak keseorangan, Lynn berjaya meyakinkan ‘musuhnya’, Bank untuk ikut serta.

Pelakon: Chutimon Chuengcharoensukying, Chanon Santinatornkul, Teeradon Supapunpinyo.

Dear Nathan.

Dear Nathan (Indonesia)

Salma merupakan pelajar baharu di SMA Garuda. Suatu pagi, dia tiba lewat ke sekolah dan seorang pelajar bernama Nathan, yang dikenali sebagai pelajar yang suka bergaduh, menyelamatkannya dari hukuman. Salma, yang bersifat memilih dalam bersahabat cuba untuk menjauhkan diri daripada Nathan. 

Tetapi, Nathan sebenarnya membuat kecoh di sekolah dengan memberitahu secara terang-terangan bahawa dia kini mengejar cinta Salma. 

Pelbagai cara dilakukan oleh Salma untuk mengelak tetapi semakin banyak dia mengelak, semakin dia berhadapan dengan peluang untuk memahami masa lalu Nathan dan perlahan-lahan jatuh cinta dengannya. Apabila Nathan mula ingin berubah demi Salma, bekas kekasih Nathan, Seli, datang untuk meraih cintanya kembali.

Pelakon: Amanda Rawles, Jefri Nichol, Surya Saputra, Rayn Wijaya.

The Gift.

The Gift (Indonesia)

Apabila penulis novel bernama Tiana jatuh cinta dengan seorang pemuda yang cacat penglihatan, Harun, rakannya Arie turut berhasrat untuk melamar Tiana. Berlingkar tentang kisah cinta, The Gift membawa penonton untuk mengerti tentang pengorbanan dilakukan seseorang demi melihat individu yang disayang bahagia.

Drama

Deja Vu (Thailand)


Deja Vu.

Mengangkat genre drama fantasi, Deja Vu mengisahkan tentang pasangan kekasih bernama Jane dan Wynn yang mula mengenali hati budi masing-masing dan menjalinkan hubungan cinta selepas Jane menyelamatkan Wynn daripada kebakaran. 

Sejak tragedi tersebut, mereka mula menjalinkan hubungan cinta dan Wynn melamar Jane di sebuah tasik. Namun, sekembalinya mereka dari tasik tersebut, mereka mengalami kemalangan jalan raya dan Wynn meninggal dunia. 

Lara hati kehilangan kekasihnya, Jane kembali ke tasik berkenaan dan berdoa untuk bertemu kembali dengan Wynn. Tiba-tiba, seorang bidadari muncul di hadapannya dan menawarkan Jane untuk kembali ke masa lampau tetapi dengan satu syarat, dia tidak boleh jatuh cinta dengan Wynn.

Jane menerima tawaran tersebut dan kembali ke masa lampau untuk menyelamatkan Wynn. Namun, sejarah berulang dan mereka kemalangan sekali lagi. Kali ini, Jane meninggal dunia dan Wynn pula diberi peluang untuk kembali ke masa lampau untuk memperbetulkan keadaan. Adakah takdir memihak pada cinta mereka?

Pelakon: Esther Supreeleela, Pong Nawat Kulrattanarak, Golf Phichaya Nitipaisankul, Pantila Win Pansirithanachote.

Behind The Mask

Seorang gadis bernama Natda dan Lookkaew terlibat dalam kemalangan. 

Ibu kepada Lookkaew, Rachawadee mengarahkan Dr. Goson supaya menjalankan pembedahan plastik terhadap Natda, dan meminta doktor tersebut mengubah wajah anaknya menyerupai Lookkaew. Apabila tersedar daripada pembedahan, Natda yang kini berwajah baharu hilang ingatan. 

Dia juga mendapati bahawa dia kini sudah bergelar tunangan kepadangan seorang lelaki bernama Ratt. Begitupun, Natda yang kini berwajah Lookkaew dimarahi oleh Ratt kerana lelaki itu percaya yang Lookkaew berlaku curang kepadanya.

Pelakon: Film Thanapat Kawila, Aniporn Chalermburanawong, Hongmanop Phutanate, Hongmanop Phutanate, Piyathida Mittiraroch, Norraphat Vilaiphan, Maprang Alrisa Kunkwaeng.

Untuk maklumat lanjut mengenai terma langganan dan informasi, layari www.dimsum.asia, Facebook rasmi dimsum entertainment (@dimsum.ent), Instagram (@dimsum.ent) dan Twitter (@dimsumasia).

Artikel Lain