PENYANYI Mila Jirin berkongsi detik mencemaskan apabila terpaksa memendekkan tempoh percutian selepas kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Rabu lalu. Menurut Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 31, perkara itu dimaklumkan oleh adiknya ketika dia bersama keluarga sedang bercuti di Pulau Tioman. "Tiga hari sebelum PKP saya dan suami serta anak dan kawan-kawan ke Pulau Tioman dari Johor Bahru. Memang dah rancang awal trip ni, nak pergi memancing dan melihat keindahan alam ciptaan Allah. ARTIKEL BERKAITAN: Sampai bila nak hidup 'lagha' - Mila Jirin akui bukan mudah istiqomah tutup aurat "Resort yang kami tinggal memang tak ada liputan talian langsung, jadi sewaktu pengumuman PKP oleh perdana menteri memang kami tak dapat maklumat sehinggalah adik saya Effa Jirin whatsapp dan juga team saya di pengurusan Bizmilla whatsapp kenyataan media kepada saya. "Masih ingat betapa cemasnya saya dan suami serta rakan-rakan cari coverage dan hampir-hampir nak masuk dalam laut cari line telephone," katanya. Mila kongsi detik mencemaskan itu menerusi laman Instagram miliknya. Penyanyi lagu Adam Dan Hawa ini berkongsi pengalamannya itu menerusi Instagram pada Selasa. Bimbang dengan keselamatan pekerja di bawah syarikatnya, Mila berkata dia segera menghubungi mereka bagi memastikan tiada yang panik dengan pengumuman tersebut. Home is the safety place! Serius itu yang saya rasa dan tak pernah rasa macam tu bila stay outdoor. MILA JIRIN PENYANYI "Tengah malam buat mesyuarat tergempar dengan semua ketua team di Bizmilla, telefon sana-sini dan berikan pelbagai arahan untuk memastikan semuanya tidak berada dalam keadaan panik. "Whatsapp group di setiap cawangan Bizmilla dan update terkini kerana semua majlis perkahwinan kami telah diarahkan tunda. "Percutian yang dirancang terpaksa dipendekkan dan resort yang kami menginap itu kosong tanpa manusia, ada dalam dua, tiga kumpulan kecil warganegara Malaysia," ujarnya. Mila bersama suami, Ahmad Ailis dan anak mereka, Arif Zikri. Sepanjang perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, Mila berkata dia dihantui kebimbangan terutamanya membabitkan keselamatan anaknya. Malah, dia mengambil langkah sentiasa berjaga-jaga mengenai kebersihan dan kesihatan sepanjang berada di tempat orang ramai. "Sehari selepas PKP, saya berjaya dapat tiket feri untuk pulang, punyalah risau dalam feri bukan kepalang, habis ditutup litup anak Arif Zikri dengan topeng muka dan tudung... hand sanitize jangan cakap, sampai Arif tanya 'Mummy berapa kali nak cuci tangan', paranoid seorang ibu biasalah! "Sampai di jeti, rasa macam berlari-lari nak masuk kereta, dah masuk kereta pun risau sangat, macam-macam fikir, sampailah kami semua sampai rumah di Puchong barulah saya rasa tenang. "Home is the safety place! Serius itu yang saya rasa dan tak pernah rasa macam tu bila stay outdoor. Di lebuh raya nak cepat sampai rumah, suami berhenti isi minyak pun risau," katanya.