PENYAMPAI radio Suria FM, Suraya Borhan mengakui berdebar menantikan kelahiran cahaya mata pertama dijangka bersalin awal April ini. Bagi menghilangkan debaran itu, Suraya berkata dia ada merujuk dengan kawan-kawan yang sudah bergelar ibu bagi berkongsi pengalaman di bilik bersalin. "Sejujurnya gementar juga sebab tak pernah ada pengalaman bersalin lagi, boleh dikatakan semua orang yang saya jumpa, saya akan tanya pengalaman masing-masing. ARTIKEL BERKAITAN: “Suami paling teruk alahan… ingatkan baby lelaki” - Suraya Borhan bakal timang anak perempuan April ini ARTIKEL BERKAITAN: Suraya Borhan hamil selepas enam tahun menunggu - “Sudah buat pelbagai rawatan... sampai satu tahap saya reda” "Sakit tak? nak buat apa dalam bilik bersalin? banyaklah benda saya tanya... contohnya Kak Shiera (Sharifah Shahirah) beritahu saya setiap orang pengalaman berbeza dan dia banyak bagi semangat kepada saya. Suami bersetuju menemaninya di bilik bersalin. "Memang banyak bendalah saya tanya Kak Shiera sebab dia dah pernah melalui bersalin secara normal dan pembedahan. Kita tanya hanya sekadar untuk tahu sikit-sikit, supaya lebih bersedia nanti," katanya kepada mStar. Sementara itu, Suraya berkata dia sudah menyediakan segala persiapan menjelang hari kelahiran puteri sulungnya itu. Malah, penyampai Suria Petang ini turut memberitahu suami, Mohd Johanif akan menemaninya ketika berada dalam bilik bersalin kelak. "Ikutkan dia memang tak berani tapi dia kata okay duduk sebelah jadi tak nampak secara langsung proses kelahiran itu nanti... tapi kalau secara pembedahan tak perlulah suami teman. Pasangan ini sudah menyediakan segala persiapan menyambut kelahiran anak sulung. "Persiapan semua dah hampir 100 peratus, dah siap semuanya... ada barang yang kita beli, ada yang orang bagi! "InsyaAllah saya akan berpantang di rumah sendiri sahaja nanti, kalau ikutkan nak emak yang jaga tapi tak apalah, tak mahu susahkan mereka, biarlah upah orang lain untuk bantu. Mereka boleh datang rumah untuk melawat sahaja," katanya. Suraya mendirikan rumah tangga dengan Mohd Johanif Mohamed Nadzirin pada April 2013.