TINDAKAN penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira memuat naik rakaman video pasukan perubatan mengenakan sut lengkap perlindungan badan ketika operasi menyelamat mangsa Covid-19 disalah anggap netizen. Justeru, Shahira atau lebih dikenali Shiera meminta individu tersebut mengubah cara pemikiran supaya lebih positif dan tidak sewenang-wenangnya membuat tuduhan tanpa mengetahui niat seseorang. "Saya pelik betul! Kongsi rakaman video pasukan perubatan pakai sut canggih di Instagram pun orang boleh salah anggap... ada yang kata saya nak hentam pihak tertentu. ARTIKEL BERKAITAN: “Kolam renang mampu tanggung, mengaji minta free” - Shiera tepis fitnah, akui minta kurang tapi bukan percuma "Kita ni tanya saja... iyalah benda tak pernah tengok, tapi macam-macam pula netizen kata. itulah kalau orang dah tak suka, semua bendalah tak kena. "Kalau kita tak tahu tentang sesuatu, tak salah kalau nak bertanya. Saya buat perkongsian itu bukan berniat nak mempersoalkan mana-mana pihak... tolonglah belajar untuk tidak berfikiran negatif," katanya kepada mStar. Sebelum ini menerusi Instagram, penyampai segmen Suria Petang ini berkongsi rakaman video pasukan perubatan membantu menyelamatkan pesakit dipercayai berlaku di sebuah negara Timur Tengah. Komen salah seorang pengikut menarik perhatian Shiera. "Mungkin alat-alat mereka lain dengan kita... topeng dia ada gas rasanya, lapang nak bernafas... jadi lain negara lain fasiliti ya? Ini kat Madinah rasanya. Ke Malaysia ada?," tulisnya pada kapsyen posting berkenaan. Bagaimanapun perkongsiannya itu mengundang rasa kurang senang salah seorang netizen yang meminta isteri kepada pelakon Ijoy ini mengubah cara pemikiran terlebih dahulu sebelum berbicara mengenai kemajuan. Bagi saya sekarang inilah peluang untuk kita muhasabah diri, fikir balik kenapa Allah uji kita? SHARIFAH SHAHIRA PENYAMPAI RADIO SURIA FM "Ukur baju di badan sendiri... ubah fikiran, InsyaAllah akan capai kemajuan yang lebih. Jangan over sibuk hentam," tulis netizen tersebut. Sementara itu, Shiera berkata Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sehingga 14 April depan menjadi peluang untuk umat Islam mendekatkan diri dengan pencipta. "Bagi saya sekarang inilah peluang untuk kita muhasabah diri, fikir balik kenapa Allah uji kita... untuk kita mendekatiNya! "Ketawa boleh... tapi beringat-ingat kemudian hari. Mungkin ini ujian untuk kita semua, dalam keadaan sekarang ini, kita akan diuji banyak hal tentang keluarga, hubungan suami isteri dan duit," ujarnya.