PENYANYI dan komposer muda Haqiem Rusli berkata sudah tiba masanya untuk dia menampilkan kematangan dalam menghasilkan sesebuah karya pada masa depan. Kata Haqiem atau Ridzuan Haqiem Rusli, 22, dia mahu mencipta lagu-lagu berunsur nasihat bagi memberi manfaat kepada pendengar selain menyampaikan aura positif kepada peminat. ARTIKEL BERKAITAN: “Selepas isu murung saya fikir karier saya sudah berakhir” - Haqiem Rusli kini lebih matang berdepan kontroversi "Sebenarnya saya dah terlalu banyak cipta lagu cinta. Jadi, kali ini nak kearah yang boleh memberi manfaat atau nasihat kepada masyarakat yang mendengar. Haqiem simpan impian nak buka kolam ikan talapia. "Seperti lagu terbaharu saya, Bangkit... liriknya banyak kata-kata positif untuk semua orang tidak kira pelajar atau sesiapa sahaja yang sedang berasa down. "Tujuan saya nak buat lagu bukan sekadar untuk karier nyanyian tapi sebagai salah satu langkah berdakwah dan memberi nasihat. Selain itu saya nak nampakkan muzik saya lebih matang hari demi hari," katanya kepada mStar. Hingga kini lagu ciptaan sepenuhnya oleh Haqiem itu sudah mencecah lebih 700,000 tontonan di YouTube sejak ia dilancarkan pada 17 Februari lalu. Daripada saya kecil simpan impian nak buka kolam ikan talapia di Hulu Langat, Selangor. HAQIEM RUSLI PENYANYI Dalam pada itu, penyanyi lagu Lembah Kesepian ini berkata dia juga menyimpan impian untuk membuka bisnes dalam penternakan ikan dan berharap akan menjadi kenyataan. "Daripada saya kecil simpan impian nak buka kolam ikan talapia di Hulu Langat, Selangor. Sebabnya, saya memang minat memancing dan boleh dikatakan kaki pancing. "Memang berharap sangat dapat peluang buka bisnes penternakan ikan pula satu hari nanti. Saya minat memancing pun sebab keluarga pun suka," ujarnya.