suria

Bimbang pulang dari luar negara, Ummi Nazeera 'drive thru' ujian Covid-19 - “Kalau ada duit nak travel, apa salahnya keluar sikit buat saringan”

Ummi berkongsi pengalaman menjalani ujian saringan Covid-19.

DEMI membendung penularan wabak Covid-19 di Malaysia, pelakon Ummi Nazeera mengikut saranan kerajaan mengkuarantin diri selama 14 hari selepas pulang dari luar negara.

Ummi berkata dia juga mengambil inisiatif sendiri dengan menjalani ujian saringan di hospital swasta yang menyediakan perkhidmatan tersebut.

"Kepada yang pernah ke luar negara baru-baru ini, saya sarankan untuk buat ujian saringan Covid-19 ini walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) suruh kuarantin sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: “Berkuranglah doktor yang boleh bekerja” - Suami Ummi Nazeera kongsi kisah rakan ‘frontliners’ dikuarantin akibat pesakit Covid-19 menipu!

"Kalau ada duit nak travel, apa salahnya keluar sikit duit lagi untuk buat ujian saringan ini... tak susah pun!

"Ummi pergi yang pandu lalu punya. Memang pedih sikit tapi berbaloi. Jangan takut sekejap je buat, tak sampai 10 minit siap... keputusan dalam masa 24 jam sehingga 48 jam!," katanya menerusi Instagram.

Ummi berkongsi laporan ujian pengesanan Covid-19 yang dilakukan olehnya baru-baru ini.

Bersama kapsyen itu, dia turut memuat naik rakaman video proses saringan dan slip keputusan ujian tersebut.

Ummi turut meluahkan rasa syukur kerana dia bebas daripada jangkitan virus berkenaan.

Dalam masa yang sama, dia meminta masyarakat Malaysia yang baru pulang dari luar negara bersikap jujur dan mengkuarantin diri mereka bagi membantu membendung penularan wabak ini.

Syukur Alhamdulillah, keputusan negatif!

UMMI NAZEERA

PELAKON

"Syukur Alhamdulillah, keputusan negatif!

"Ujian ini dalam masa sama dapat tolong KKM juga sebab keputusan ujian akan dikemaskini ke KKM.

"Kepada traveller yang tak nak buat, saya mohon sangat untuk kuarantin 14 hari di rumah dan jujur apabila berjumpa staf kesihatan. 

"Ujian di fasiliti kerajaan dibuat percuma jika memenuhi kriteria tapi kalau tak memenuhi kriteria dan nak buat juga, buat di hospital swasta. Range harga dalam RM550 ke atas," ujarnya.

Difahamkan Ummi bersama beberapa ahli keluarga bercuti di luar negara sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa di Malaysia.

Ummi Nazeera

Artikel Lain