suria

Zed Zaidi syak ada netizen terlepas masuk Telegram artis - “Admin terpaksa off komen, tapis segala perbualan dalam group tersebut”

Zed Zaidi ulas mengenai penyebaran paparan skrin perbualan artis di aplikasi Telegram.

ISU 'perang' media sosial membabitkan pelakon Zarina Anjoulie dan beberapa artis senior dikatakan bermula apabila tersebarnya paparan skrin perbualan menerusi aplikasi Telegram pada Selasa.

Menafikan paparan itu disebarkan oleh ahli dalam group berkenaan, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata ia berkemungkinan dilakukan oleh netizen yang terlepas masuk dalam kumpulan tersebut.

Menurut Zed, pengendali akaun tersebut memaklumkan mereka menerima kemasukan yang ramai daripada netizen dalam group berkenaan sehinggakan sukar untuk mengenal pasti individu yang menyebarkan perbualan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Busuk hati sampai nak tutup IG aku, korang dah lebih!” - Zarina Anjoulie, artis senior terus ‘perang’

ARTIKEL BERKAITAN: Seniman buat laporan polis, Zed Zaidi dedah ada artis tertekan - “Ramai hubungi saya menangis, rasa terhina dan kata nak bersara”

"Sebenarnya akaun Telegram itu diwujudkan untuk membantu anak seni yang memerlukan apa-apa bantuan, kita juga nak berkongsi maklumat dan perancangan untuk mereka.

"Tapi tak tahu macam mana, semalam (Selasa) admin akaun beritahu ada netizen yang menyertai group itu dalam jumlah yang ramai.

Paparan skrin yang tular di laman sosial.

"Sampai tak boleh nak bezakan sama ada mereka penggiat seni atau bukan. Mungkin daripada situ mereka sempat screenshot perbualan yang ada," katanya kepada mStar.

Sebelum itu, tular beberapa keping foto paparan skrin perbualan antara artis senior yang menyentuh mengenai video yang dirakamkan oleh pelakon sensasi Zarina Anjoulie.

Sementara itu, Zed memaklumkan pengendali akaun sudah menyiasat dan menyingkirkan beberapa orang yang tidak dikehendaki dalam group tersebut.

Buat masa ini mereka kawal dulu komen dan apa-apa bentuk perkongsian.

ZED ZAIDI

PRESIDEN SENIMAN

"Admin ada beritahu mereka dah singkirkan orang yang tak ada kaitan dalam group tersebut dan ini semua pun diluar kawalan sebab kita pun tak kenal terutamanya penggiat seni di belakang tabir.

"Jadi admin terpaksa off komen dan tapis segala bentuk perbualan dalam group tersebut... buat masa ini mereka kawal dulu komen dan apa-apa bentuk perkongsian," ujarnya.

Pada Selasa, Seniman membuat laporan polis terhadap seorang selebriti yang merakam video berbentuk hasutan dan kecaman kepada industri seni Malaysia.

Gara-gara perbualan 'panas' dalam paparan skrin tersebut, Zarina meluahkan rasa kurang senangnya itu menerusi rakaman video di Instagram miliknya.

Zed Zaidi, telegram, Zarina Anjoulie

Artikel Lain