ISU akaun media sosial milik artis digodam pihak tidak bertanggungjawab bukan sesuatu yang baharu. Terkini penyanyi Fara Hezel, 25, diminta untuk membayar sejumlah wang sebanyak sebanyak AS$350 (RM1,500) jika mahu akaunnya dikembalikan. "Betul, Instagram saya kena hack minggu lepas. ARTIKEL BERKAITAN: “Fara Hezel ada dalam istikharah saya” - Gurauan tunang mahu jadi abang ipar Aiman Tino hampir jadi kenyataan! "Asalnya dia bagi link, kononnya nak bekerjasama dengan saya dan mahu buat paid review, apabila saya tekan link yang diberi terus akaun saya hilang. "Orang tu agak hebat sebab dia boleh tukar emel saya sebanyak tiga kali... selepas itu dia hantar mesej meminta AS$350 dan perlu dihantar melalui Bitcoin," katanya ketika dihubungi mStar. Perkongsian Fara di akaun Instagram terbaharunya. Sementara itu, penyanyi lagu Setiaku Pasti ini berkata dia enggan mengambil sebarang tindakan dan memilih untuk membuka akaun baharu. "Saya tidak ambil apa-apa tindakan, kalau kita bayar pun belum tentu dapat balik akaun itu. "Nak lapor kepada polis... sekarang tengah Covid-19, kalau nak ambil kes saya ni macam remeh. "Tak apalah... kita buat akaun baharu, sekarang ni semua kena tahu taktik penipuan laman sosial dan keselamatan mengenai perkongsian kata laluan," ujarnya. Apabila nak buat nama pengguna ni memang susah sebab sudah ada yang guna nama Fara Hezel, akaun palsu terlalu banyak! FARA HEZEL PENYANYI Meskipun begitu, Fara mengakui turut bersedih kerana akaunnya yang hilang itu sudah memiliki ramai pengikut. "Mula-mula saya merayu nak minta akaun itu balik, sebab pengikut pun sudah ramai dan itu merupakan sumber pendapatan saya. "Apabila nak buat nama pengguna ni memang susah sebenarnya sebab sudah ada yang guna nama Fara Hezel, akaun palsu Fara Hezel ni terlalu banyak," katanya.